“Mengejar Cita-cita Menggalas Masa Depan yang Mencabar” – Dr Parid

Cabaran dan peluang yang muncul hasil perkembangan yang berlaku di seluruh dunia dewasa ini, terutamanya kebangkitan rakyat di negara-negara Arab, juga perkembangan di Amerika, Eropah dan kuasa-kuasa baru dunia (BRIC – Brazil, Rusia, India, China) menyaksikan cengkaman Barat ke atas dunia Islam semakin mengendur, sekali gus membuka ruang untuk Islam memecut lebih jauh ke hadapan.

“Kejayaan dalam mencapai cita-cita di atas banyak bergantung kepada kebijaksanaan barisan kepimpinan baru negara-negara umat Islam sendiri dalam memanfaatkan peluang-peluang yang telah terbuka daripada perkembangan antarabangsa ini,” kata Presiden.

Dr Parid berkata demikian dalam Ucapan Dasar “Mengejar Cita-cita Menggalas Masa Depan Yang Mencabar” bersempena Persidangan Dewan Perhimpunan Nasional (DPN) IKRAM Tahunan Kedua di Hotel Putra Kuala Lumpur pada 15-16 September yang lalu.

IKRAM yang dilancarkan pada 20 Jun 2010 kini mempunyai 83 cawangan terdiri daripada 14 cawangan peringkat negeri dan 69 cawangan peringkat daerah. Cawangan baharu, IKRAM Hulu Perak kini sedang dalam proses permohonan kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Perkembangan pesat IKRAM dari segi kuantiti dan kualiti sangat penting, lebih-lebih lagi apabila melihat situasi di dalam negara sendiri khususnya dari sudut sosial, moral, amalan politik dan ekonomi yang semakin buruk dan mencabar. Biarpun ada kebaikan di sana-sini yang diusahakan oleh kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri, namun imbangan kebaikan itu tampak lesu justeru lemahnya pegangan pemimpin dan rakyat terhadap agama, kurangnya takwa serta rosaknya peribadi kerana mudah tunduk kepada tuntunan nafsu.

“Keseluruhan situasi ini menuntut usaha-usaha pembaikan yang amat besar dan meluas, perubahan kepimpinan negara dan masyarakat serta jangka masa yang panjang untuk mengatasinya,” jelas Dr Parid.

Di hadapan anggota DPN yang datang dari seluruh negara, beliau menggariskan tiga langkah sebagai penyelesaian dan jalan keluar kepada kemelut yang melanda negara dan masyarakat. Tiga langkah itu adalah mewujudkan pengurusan negara yang terbaik (good governance), melabur menerusi pendidikan dan kajian saintifik dan memperkasakan IKRAM sebagai gerakan Islam yang menggerakkan perubahan.

Mewujudkan good governance bagi mengatasi apa sahaja kemelut yang dihadapi negara dan masyarakat, dengan kepemimpinan terbaik di puncak kekuasaan serta dukungan lingkungan yang soleh, berkebolehan dan bertanggungjawab akan mempercepatkan penyelesaian kemelut yang dihadapi di samping mewujudkan kemakmuran ekonomi, jaminan keselamatan sosial dan pengembangan potensi rakyat sebagai umat terbaik.

Pelaburan menerusi pendidikan dan kajian saintifik mampu membangunkan masyarakat dan rakyat yang terdidik sebagai modal utama kepada usaha pembangunan sesebuah masyarakat, membangunkan perusahaan bagi meningkatkan hasil pengeluaran negara dan mewujudkan masyarakat yang memiliki hala tuju kehidupan yang jelas, bertanggungjawab serta memiliki keazaman untuk memajukan diri dan negara.

Pemerkasaan IKRAM pula merujuk kepada pelaksanaan berbagai-bagai usaha yang telah dirancang sejajar dengan perancangan strategik 2012-2015 yang telah dibangunkan dan diperakui oleh DPN.

“Apa yang perlu kita lakukan ialah (pertama), memperhebat kekuatan IKRAM dari segi kuantiti dan kualiti ahli, infrastruktur, jaringan dan keupayaan dananya; (kedua), memperluas pengaruh dan capaian; (ketiga), mentarbiah masyarakat umum dan rakyat atau massa; (keempat), menyampaikan dakwah dan fikrah, dan (kelima), membangunkan IKRAM yang menyantuni dan dirasai masyarakat dan umat, atau dengan perkataan lain, IKRAM yang dapat memimpin masyarakat dan umat,” Presiden menghuraikan.

Untuk tujuan tersebut, menurut Dr Parid lagi, IKRAM akan memberikan fokus utamanya dalam bidang tarbiah (ahli dan masyarakat), pengukuhan organisasi (Pusat, Negeri dan Daerah), pemerkasaan pemuda, pemerkasaan mahasiswa dan pemerkasaan engagement dengan seluruh kekuatan yang berpengaruh dalam negara.

Matlamat kepada semua ini adalah supaya IKRAM berupaya muncul sebagai sebuah gerakan Islam tersohor yang dapat mengemukakan barisan kepemimpinan alternatif kepada negara, mampu membangunkan negara yang maju, makmur dan bebas daripada masalah, memiliki ramai tokoh berwibawa dan kader-kader yang setia serta mampu memimpin ummah.

Perkembangan politik yang berlaku dalam negara dewasa ini harus membuatkan IKRAM, sebagai sebuah jamaah dan warga yang prihatin, bersiap siaga dengan minda terbuka tentang bagaimana meletakkan diri demi mencapai matlamat tadi. Justeru berhadapan dengan pelbagai kemungkinan pada masa hadapan, IKRAM harus bersedia dengan berbagai-bagai andaian dan pilihan.

Keprihatinan IKRAM untuk mengambil peduli akan perkembangan politik negara serta penglibatan dalam medan politik dirangsang oleh rasa tanggungjawab terhadap umat dan negara, Islam dan masyarakat manusia dengan harapan akan dapat mencapai matlamat-matlamat berikut:

a)    Menjayakan agenda-agenda politik ummah

b)    Memperbaiki kehidupan rakyat dan pengurusan perjalanan negara

c)    Membangunkan Malaysia Baru yang membawa misi Islam

d)    Menegakkan Islam dan mentadbir dunia dengannya

e)    Membangunkan sebuah tamadun baru

f)     Membangunkan ustaziatul ‘alam

Presiden akhirnya menyeru seluruh anggota  DPN agar meneruskan amal dan pengorbanan, berjihad berasaskan minhaj taghyir yang ditinggalkan Nabi Muhammad (Sallallahu ‘Alaihi Wasallam) serta berpegang teguh dengan tali Allah sebagai sebaik-baik pelindung dan pemberi pertolongan.

Anggota DPN kali ini bejumlah 111 orang dengan pertambahan 10 wakil Ulama setelah proses pemilihan wakil Ulama semasa Perhimpunan Ahli Teras (PAT) IKRAM pada bulan Mei lalu.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia