Mencari agama tersalah pintu

Begitulah yang diceritakan oleh seorang yang terlibat dalam rehabilitasi untuk memulihkan golongan yang terlibat dalam kes keganasan (terrorism). Dalam konteks agama Islam, kebanyakan mereka yang terlibat ialah orang yang baik, ingin berjuang untuk menegakkan agamanya, ingin membela dan berbakti kepada agamanya, ingin menggapai syurga Allah dengan mati syahid.

Kenapa mereka mudah terpengaruh?

Ada antaranya terlibat kerana terpangaruh dengan jihad fi sabilillah (di jalan Allah) bagi membantu umat Islam yang ditindas di negara luar terutamanya Syria. Ada pula yang terpengaruh dengan peribadi pejuang seperti Saddam Hussien, Osama bin Laden, Abu Bakar al-Bahgdadi dan sebagainya. Mereka menjadikan tokoh-tokoh ini sebagai tokoh pejuang Islam yang sebenar.

Ada juga terlibat kerana telah melakukan dosa pada masa lampau, maka menyokong dan terlibat dengan usaha-usaha perjuangan Islam ini akan mendekatkan diri mereka kepada Tuhan, mendapat pengampunan dan dapat membalas semula kesalahan mereka pada masa lampau dengan kebaikan yang dibuat dengan mengikuti kelompok pejuang ekstremis ini.

Tidak kurang juga mereka yang terpengaruh dan terlibat adalah mereka yang ‘mengahwini’ pejuangan pembelaan umat Islam dan agama Islam daripada Timur Tengah ini. Mereka ingin mengikut suami mereka yang ada dikahwini melalui media sosial. Mereka sanggup meninggalkan ibu bapa demi bertemu dan berjuang bersama suami mereka.

Ada juga yang terlibat kerana terpengaruh dengan personaliti-personaliti terhampir mereka seperti guru, pensyarah, ustaz dan pemimpin kumpulan yang mereka sanjungi. 

Mereka ini sebenarnya ingin mendekatkan diri kepada Allah, berbakti kepada agama tetapi mereka tersalah pintu yang mereka ketuk dan masuki. Mereka memasuki pintu yang di dalamnya adalah mereka yang berjuang tanpa mengetahui hakikat sebenar perjuangan, tanpa mengenal Islam sebenar yang rahmah.

Mengapa mereka memasuki salah pintu?

Berdasarkan kajian yang dilakukan dan dibentangkan oleh beberapa ahli panel daripada UKM, UIAM dan SEARCCT (Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism), masyarakat umum yang mencari agama ini terpengaruh dengan lautan propaganda pihak ekstremis ini di media sosial.

Mereka menghujani media sosial dengan video yang hebat, grafik yang memikat. Mereka juga mempunyai progranda dan naratif yang sangat mengesani dan menyentuh hati orang ramai, sehingga ada yang sanggup berkahwin dan sanggup mati demi membela agama yang tercinta ini.

Bagaimana pula dengan gaya naratif yang memukau untuk menarik mereka ini ke arah yang benar? Mungkin ada dan banyak tapi belum cukup memukau. Mengapa Islam yang sebenar dan rahmah ini tidak memukau mereka? Kerana naratif yang kita bawa mungkin naratif yang biasa, grafik yang sendu dan tidak memikat, juga mungkin kempen yang kita lakukan belum mencukupi.

Oleh kerana ini, SEARCCT ingin bergabung dan  menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan masyarakat madani (CSO) agar dapat menyebarluaskan kempen bahaya ekstremis ini kepada individu, keluarga dan masyarakat umumnya.

Kempen ini juga digembleng supaya lebih banyak bahan-bahan berkualiti dan  menarik yang boleh diletakkan dalam media sosial dan dipromosikan secara strategik agar masyarakat mendapat maklumat yang meluas tentang kegiatan ekstremis ini dan juga dapat maklumat lebih banyak berkaitan Islam yang sebenar.

Semoga CSO di Malaysia ini khususnya, tampil memperbanyakkan lagi program-program yang menarik dengan grafik, video, teks dan naratif-naratif yang boleh memujuk jiwa pencari agama ini ke jalan yang benar.

Usaha ini perlu agar ketika mencari sesuatu yang kosong di hati mereka, rujukan yang tampil di muka depan Google adalah kandungan-kandungan yang dipersembahkan oleh CSO yang membawa Islam yang murni dan sebenar.

Penulis: Siti Hamisah Manan

Foto: aawsat.com

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia