Memperkasakan OKU dengan rahmah

Dianjurkan oleh Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM (i-Bantu), seminar setengah hari ini diadakan di Dewan Perdana, Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi bertujuan untuk menyantuni aspek rohani peserta OKU Muslim.

Antara objektif program ini adalah untuk mengasah serta mengukuhkan akidah para OKU dalam memandang serta menilai kelainan yang ada pada diri mereka agar memiliki pemikiran yang betul dalam ujian dan kehidupan.

Usai ucapan aluan Timbalan Pengarah PLPP Bangi, En Muhamad Zaifol Ishak, slot pertama seminar telah disampaikan oleh seorang pendakwah bebas OKU, Ustaz Mahathir Alkhobiri yang bertajuk “Apa Ada Pada Takdir Ilahi”.

Tampil positif dengan memperkenalkan diri sebagai Orang Kuat Upaya (OKU), beliau menekankan peri pentingnya para OKU bersikap redha dengan ujian yang menimpa, tidak berputus asa dan sentiasa positif dalam menghadapi kehidupan mendatang.

    

 Para peserta, Dr Akmal dan forum

 Beliau memetik firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”. (Yusuf: 87)

Sementara itu, Ketua Jabatan & Pakar Perubatan Pemulihan Hospital Sungai Buloh, Dr. Akmal Hafizah Zamli menyampaikan topik “Situasi Seorang OKU Itu Unik” dalam slot kedua yang membicarakan keunikan dan kekuatan tersendiri OKU meskipun dilihat kekurangan tertentu dalam aspek fizikal.

Seterusnya slot forum “Antara Pasrah dan Redha” menampilkan perkongsian daripada OKU sendiri iaitu Pn. Norazlina Zakaria, yang mengalami kecederaan saraf tunjang serta En. Hazmi, yang dimoderatorkan oleh Pensyarah & Pakar Perubatan Pemulihan, Universiti Malaya Dr. Aishah Ahmad Fauzi.

Semoga seminar ini menjadi satu inisiatif yang bermakna agar peserta OKU terus positif ke hadapan dalam meneruskan hidup sebagai seorang Muslim di samping membina keyakinan diri ke arah masa depan yang lebih baik, insya-Allah.

FB: Khidmat Masyarakat IKRAM: i-Bantu

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia