Memorandum Bantahan Kudeta Mesir

 

GABUNGAN ORGANISASI PRIHATIN MALAYSIA

(The Coalition of Concerned Organisations in Malaysia)

 

Tuan Yang Terutama

Duta Republik Arab Mesir

28, Lingkungan U Thant off Jalan U Thant

55000 Kuala Lumpur

03-4256 8184                                                                                                                                      9 Julai 2013

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang

Gabungan Organisasi Prihatin Malaysia mengutuk kudeta yang telah menghancurkan demokrasi di Mesir dan ingin menyatakan kebimbangan yang amat tinggi terhadap perkembangan-perkembangan di sana pada masa ini.

Rakyat Malaysia yang mengikuti dengan penuh cemas perkembangan-perkembangan yang sangat pantas yang sedang berlaku di Mesir yang kini diperintah oleh tentera yang bertentangan dengan demokrasi, yag menggantung perlembagaan, menyingkir Presiden yang dilantik rakyat secara demokratik serta semua institusi yang sah dan mengembalikan negara Mesir kepada pemerintahan tentera dan tindakan-tindakan pembunuhan dan keganasan terhadap peserta-peserta perhimpunan aman.

Revolusi Rakyat Mesir pada 25 Januari 2011 mewakili satu harapan baru dan peristiwa penting dalam sejarah moden Mesir dan dunia Arab; ia telah menghidupkan kembali aspirasi untuk perubahan kea rah demokrasi, keterlibatan rakyat secara telus dan reformasi kepada suasana politik, ekonomi dan sosial di negara-negara tersebut.

Seterusnya rakyat Mesir mengambil langkah-langkah penting dalam membawa perubahan ke arah demokrasi. Walau bagaimanapun, amat jelas perubahan-perubahan ini berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan halangan dari dalam dan luar negara. Malah rakyat sedang bersedia untuk kembali ke peti undi bagi memilih ahli Parlimen yang baru.

Tambahan pula, langkah yang diambil oleh pihak tentera untuk menyingkir Presiden yang baru setahun dilantik secara demokratik, menggantung perlembagaan yang baru diterima rakyat secara undian enam bulan lalu, membubarkan badan-badan yang telah dipilih, menghentikan pilihanraya Parlimen; semuanya ini merupakan perkembangan yang amat malang, walaupun alasan yang diberi adalah krisis sosial dan ekonomi dan perbezaan pandangan politik di negara Mesir.

Kami mengutuk serangan ke atas kemenangan demokratik rakyat Mesir dan langkah-langkah menutup kebebasan bersuara, mengancam wartawan, menutup saluran televisyen, tangkapan beramai-ramai mereka yang mendokong perlembagaan, dan mengancam peserta perhimpunan aman yang berkhemah di dataran-dataran. Perkembangan-perkembangan ini merupakan langkah ke belakang, kembali kepada zaman penjajah yang penuh dengan kezaliman dan penindasan yang akan membuka pintu kepada suasana huru-hara yang berleluasa.

Gabungan Organisasi Prihatin Malaysia menyatakan rasa bimbang yang amat mendalam terhadap keselamatan mereka yang membantah dan berhimpun secara aman terhadap rampasan kuasa tentera yangmengguling perlembagaan dan institusi-institusi yang dilantik secara demokratik; Gabungan mengecam dengan sekeras-kerasnya serangan berdarah yang telah membunuh puluhan peserta perhimpunan aman dan mencederakan ratusan daripada mereka dalam beberapa hari yang lalu. Gabungan ini menyatakan rasa keprihatinan terhadap kesan daripada perkembangan yang amat buruk ini kepada keamanan sosial di Mesir, keselamatan rakyat, hak-hak sivil dan kebebasan bersuara.

Gabungan memberi amaran bahawa menyingkirkan demokrasi di sebuah negara yang besar dan penting di rantau tersebut seperti Mesir, merupakan satu perkara yang amat mengerikan, mengancam usaha demokratik dan langkah-langkah ke arah pembaharuan di negara-negara lain dan memberi bayangan buruk kepada seluruh rantau tersebut selepas tempoh waktu yang penuh dengan keyakinan berkaitan kebebasan, demokrasi, maruah rakyat dan pembangunan pencapaian yang menyeluruh.

Pada hari ini Gabungan ini menyampaikan memorandum dan tuntutan berikut:

1. Tentera Mesir menghentikan semua bentuk kekejaman dan pembunuhan ke atas rakyat Mesir dengan serta-merta.

2. Mengembalikan Presiden yang sah kepada kedudukannya yang asal.

3. Mengembalikan semua tindakan-tindakan yang berkaitan dengan rampasan kuasa yang bertentangan dengan perlembagaan dan

4. Membebaskan semua tahanan politik yang ditahan tanpa sebab yang sah.

Kami mengucapkan terima kasih di atas kesudian menerima memorandum ini dan berdoa kepada Allah Yang Maha Perkasa yang akan memimpin kita kepada tindakan yang betul dan jalan yang betul dan jalan yang betul demi kemanusiaan dan keadilan.

Terima kasih.

 

Disokong oleh:

1. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

3. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

4. Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

5. Parti Keadilan Rakyat (PKR)

6. Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA)

7. Aqsa Syarif

8. MUSLEH

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia