Membawa roh Ramadan 

Waktu terus bersilih ganti dari detik ke detik, dari minit ke minit, dari jam ke jam, dari hari ke hari, dari minggu ke minggu…. Rasanya baru semalam kita menadah tangan memohon Allah memasukkan kita ke dalam bulan Ramadan, “Allahumma balighna Ramadan…”

Kita juga begitu bersemangat mempersiapkan diri untuk memasuki bulan Ramadan, bulan tarbiah, bulan latihan, bulan al-Quran, bulan maghfirah (keampunan), bulan yang penuh barakah (keberkatan). 

Sedar atau pun tidak kita sudah menghampiri penghujung Ramadan. Pejam celik hanya beberapa waktu berbaki lagi ‘Madrasah Tarbiah’ ini akan meninggalkan kita, atau adakah sebenarnya kita yang meninggalkan Ramadan? 

Namun beberapa detik ketika lagi, Ramadan akan meninggalkan kita, walhal kita belum bersungguh-sungguh melaksanakan qiamullail kita, belum khusyuk membaca al-Quran serta belum maksimum melaksanakan ibadah-ibadah lain, target-target yang kita niatkan sebelum ini belum semuanya terlaksana. 

Justeru, apakah perasaan kita pada saat ini? Saya pasti ada antara kita bercampur baur perasaannya. Ada yang gembira dan teruja kerana bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Ada juga yang sedih serta kecewa tidak dapat balik beraya bersama keluarga. Dan… sudah pasti ada sebilangan daripada kita yang amat sedih meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ini. 

Namun, muhasabah yang harus kita renungi bersama, sejauh manakah Ramadan kali ini benar-benar meninggalkan kesan kepada diri kita. Teringat akan satu hadis sahih diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: 

Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. 

Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barang siapa yang bertemu dengan bulan Ramadan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin.”

 “Dan barang siapa sempat dengan kedua orang tuanya tetapi tidak berlaku baik kepada meraka, kemudian dia meninggal maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin.”

 “Dan barang siapa yang disebut kepadanya dan dia tidak berselawat kepadaku, maka dia akan dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin.” (Lihat At-Targhib Wa At-Tarhib, 2/57)

Matlamat Ramadan adalah takwa 

Seperti yang kita sering dengar saban tahun, tujuan utama ibadah puasa ini adalah untuk meraih takwa daripada Allah SWT. Seperti yang telah dinyatakan oleh Allah dalam wahyunya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana yang diperintahkan bagi orang-orang yang terdahulu supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 183) 

Namun, bagaimanakah kita ingin melihat dan menilai terhadap diri kita sendiri akan keberkesanan Madrasah Tarbiyah yang telah kita lalui tersebut? Adakah kita sudah mencapai takwa sepertimana yang kita impikan itu? 

Pernah satu ketika seorang murabbi saya berkata, “Untuk melihat diri kita ini sudah berjaya atau belum dalam proses tarbiah Ramadan adalah dengan memerhatikan amal-amal kita ketika 1 Syawal.” 

Oleh yang demikian, siapakah kita pada Syawal (dan pada bulan-bulan lain) akan datang?

Membawa roh Ramadan 

Berlalunya Ramadan sepatutnya menjadikan kita manusia yang lebih baik, insan yang lebih beriman dan hamba-Nya yang lebih bertakwa. Ramadan berlalu pergi, namun bagi diri yang sudah ditarbiah dengan baik sewaktu dalam Madrasah Ramadan akan membawa bersama ‘roh’ Ramadan itu keluar bersamanya. 

Jika Ramadan kita berdamping erat dengan al-Quran serta mampu khatam membacanya selama sebulan, maka di luar Ramadan sewajarnya al-Quran itu menjadi hiburan harian kita. 

Jika Ramadan menjadikan kita insan yang dekat hatinya dengan masjid serta sering berkunjung menunaikan solat berjemaah, maka di luar Ramadan sepatutnya masjid menjadi tempat yang dituju tatkala mendengar laungan azan berkumandang. 

Jika Ramadan menjadikan kita seorang yang pemurah serta tidak lokek menghulurkan sedakah mahupun infak kepada mereka yang memerlukan, maka di luar Ramadan seharusnya menjadikan kita kaya dengan nilai takaful iaitu saling menolong sesama kita. 

Jika Ramadan menjadikan kita seorang yang banyak melakukan amalan sunat serta mengawal diri daripada maksiat, maka di luar Ramadan sebenarnya mampu menjadikan kita insan yang lebih baik, lebih banyak amal-amal kebaikan yang dilakukan. 

Namun, sejauh mana ia mampu meninggalkan kesan dalam hati kita? Kata orang, “Jika tidak mampu melakukan semua, jangan tinggalkan semua.” 

Bawalah bersama roh Ramadan ini berdamping bersama kita sebagai bekalan untuk melalui hari-hari mendatang pada bulan yang lain. Ramadan, bulan untuk kita mempersiapkan diri menempuh 11 bulan yang lain. 

Teruskan membaca dan bercinta bersama al-Quran setiap hari. Teruskan menjejakkan kaki dan beriktikaf di masjid. Teruskan berkongsi kesenangan kita kepada yang kurang berkemampuan. Teruskan mengawal diri daripada melakukan perkara maksiat dan mungkar. 

Namun, ia tidak semudah bicara, ia perlukan sebuah mujahadah.

Muhammad Ashrul Affiq Abd Halim

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia