Melawat PUSDAI, Media PKS dan Radio MQFM

Di PUSDAI yang digagaskan pada tahun 1977 dan siap dibina pada 1997, rombongan disambut oleh Bapak Taufiq Rahman, Pengurus Bahagian Informasi dan Galeri PUSDAI dan dibawa melawat persekitaran pusat tersebut yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk pelbagai aktiviti dakwah termasuk masjid, perpustakaan, dataran, dewan serbaguna dan sebagainya.

Lawatan di PUSDAI disambut oleh Bapak Taufiq (berkemeja putih)

Uniknya, di PUSDAI ini juga mempunyai ruang pameran yang menyimpan artifak penerbitan al-Quran Mushaf Sundawi yang siap diproses pembuatannya selama dua tahun mulai 1995 hingga 1997 dengan gabungan usaha 19 anggota termasuk ulama, jurukaligrafi dan teknokrat di Jawa Barat.

Perjalanan rombongan IKRAMedia diteruskan ke Jawatankuasa Humas (Media) Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Kota Bandung bagi mengambil pengajaran daripada mereka usaha-usaha untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat melalui media.

Rombongan kami disambut oleh Ketua Bidang Humas PKS Kota Bandung, Bapak Budi Heryana di Pejabat PKS Kota Bandung dan beberapa ahli jawatankuasa medianya. Sebagai partai dakwah, pihak Humas berkongsi tentang struktur organisasi media mereka dan cara-cara memanfaatkan ahli mereka dalam menyampaikan mesej positif untuk masyarakat.

Lawatan di Pejabat PKS Kota Bandung dan pesanan oleh Bapak Oded

Semasa perkongsian, turut hadir Pengurus PKS Kota Bandung, Bapak Oded M Danial menyambut rombongan dan memberikan pesanan dan perkongsian tentang peranan media dalam sebagai salah satu elemen dalam perubahan positif masyarakat. Beliau yang juga Wakil Walikota (Timbalan Datuk Bandar) Kota Bandung berpandangan bahwa jika baik media, baik juga masyarakatnya.

Selepas Zohor, rombongan IKRAMedia meneruskan lawatan ke stesen Radio MQFM, sebuah stesen radio yang berunsurkan dakwah, pendidikan, berita dan hiburan di Bandung yang diasaskan oleh pendakwah terkenal Indonesia, KH Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali dengan Aa Gym.

Konti MQFM dan perkongsian oleh Bapak Sigit

Rombongan disambut oleh Pengurus Produksi Manajemen Qalbu, Bapak Sigit Kurniawan. Menurut beliau, MQFM bermula dengan radio AM pada tahun 1999 dan dinaiktaraf kepada radio FM pada tahun 2001 di mana tahun yang sama mereka maju setapak lagi dengan menubuhkan stesen TV yang dinamakan MQTV.

Meskipun mengalami kemerosotan pada tahun 2008, MQFM dan MQTV bangkit kembali dengan sumbangan orang ramai dan tajaan pelbagai pihak yang tidak mahu radio dan TV berunsurkan dakwah tersebut berkubur.

Hari terakhir di Indonesia pada Ahad 8 Mac, rombongan sempat meluangkan masa ke Islamic Book Fair di Istora Senayan, Jakarta yang menutup tirainya pada hari tersebut dengan membeli pelbagai jenis bahan bacaan sebelum ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta untuk berlepas ke Kuala Lumpur.

Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada IKRAMedia dalam memperluaskan jaringan, mempelajari pengalaman dan melonjakkan serta meluaskan lagi aktviti media dalam kalangan ahli IKRAM untuk menyebarkan dakwah, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia