Masyarakat Madani Dapat Manfaat, Kajian IKRAM & KADRI

BANDAR BARU BANGI –  Tujuan utama penyelidikan sewajarnya adalah untuk memberikan faedah kepada subjek kajian dan bukannya hanya untuk kepentingan penyelidik atau pihak lain.

Mantan rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak mengingatkan bahawa pelaksanaan penyelidikan mestilah ditujukan untuk memberikan pulangan yang wajar kepada peserta terlibat sama ada dalam bentuk manfaat langsung, peningkatan kesejahteraan ataupun penambahbaikan terhadap situasi yang mereka hadapi.

“Kajian yang bertanggungjawab adalah apabila para peserta kajian mendapat keuntungan atau manfaat daripada penglibatan mereka dalam penyelidikan tersebut,” kata beliau pada Simposium Bina Negara 2024 (SBN’24) di sini pada hari ini.

Buat julung kalinya, Kajian Dasar IKRAM (KADRI) dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menganjurkan simposium yang merangkumi pembentangan dapatan kajian dan model penyelesaian yang telah dilaksanakan oleh KADRI bersama pelbagai institusi sepanjang tahun 2022 dan 2023.

Menurut Pengerusi KADRI, Prof. Dr. Sahrim Ahmad, KADRI bekerjasama erat dengan IKRAM dalam menjalankan penyelidikan untuk mengukuhkan dasar-dasar berimpak tinggi dalam bidang sosial, ekonomi dan kenegaraan.

Menurutnya, kajian-kajian ini melibatkan pelbagai segmen masyarakat iaitu kerajaan, swasta, akademia, NGO dan masyarakat awam. Pendekatan ini bertujuan agar setiap suara dan keperluan dipertimbangkan, seterusnya memupuk kerjasama antara pihak-pihak terlibat.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Pendekatan Keseluruhan Masyarakat”, simposium ini memfokuskan kajian yang menggunakan pendekatan bersifat solusi untuk pembinaan negara.

Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin berkata, “Dalam merangka dasar dan pelan tindakan yang efektif serta inklusif, kajian di peringkat akar umbi amat diperlukan untuk mendapatkan data yang boleh dipercayai.”

Beliau menjelaskan, IKRAM mahu mainkan peranan secara holistik dan berstrategi sebagai rakan strategik dalam pembinaan negara. KADRI diberikan mandat oleh IKRAM bagi menjalankan, mendanakan dan menyokong kerja-kerja penyelidikan berkaitan pembangunan dasar dan polisi untuk menyumbang kepada pembentukan Negara Madani dan Rahmah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia