Keluarga utuh menjamin masyarakat yang baik

Masyarakat yang baik terbentuk daripada institusi keluarga yang harmoni. Keluarga merupakan unit asas sosial yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak lalu membentuk satu kumpulan.

 

Setiap keluarga adalah berbeza dan mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Keluarga dapat berfungsi dengan baik jika ketua keluarga memainkan peranan dan setiap ahli bergaul dengan baik, tidak merasa tertekan mahupun sedih.

 

Setiap insan, baik ibu bapa atau si anak, mengimpikan keluarga yang berfungsi dan tahu akan kesan buruk akibat keruntuhan rumah tangga terhadap emosi dan mental. Banyak manfaat yang akan diperoleh oleh masyarakat jika keluarga bahagia dan bersatu padu.

 

Kebahagiaan berkait rapat dengan perubahan kualiti hubungan dan komunikasi dalam keluarga. Namun, hubungan kekeluargaan yang rapat dan keluarga yang stabil amat diperlukan oleh kanak-kanak dan remaja.

 

Keluarga yang berpecah-belah sering mengalami konflik, salah laku, penderaan sehingga menyebabkan ahlinya turut terkesan dan akan berkelakuan negatif. Apabila keluarga bahagia, anak-anak turut gembira dan kelakuan mereka akan menjadi baik.

 

Remaja yang kekurangan kasih sayang pula mudah terpengaruh dengan kemudahan teknologi di sekeliling mereka, contohnya rakan di alam maya. Mereka kurang mahir mengawal emosi dan mudah dipengaruhi dengan apa yang dilihat di laman sosial.

 

Hal ini amat membimbangkan kerana mereka akan terdedah dengan perkara-perkara negatif dan berkeinginan untuk melakukannya.

 

Ibu bapa tunggal juga turut menghadapi cabaran untuk memelihara institusi keluarga. Tanpa sebarang bantuan dan sokongan, ibu bapa tunggal atau ibu bapa yang sibuk tidak bertenaga dan tiada masa untuk memberi perhatian dan sokongan kepada anak-anak.

 

Masa lapang akan dimanfaatkan untuk dirinya sendiri dan bukannya untuk bersama keluarga. Hal ini akan menyebabkan remaja terabai kerana remaja perlu berasa disayangi, dihargai dan selamat. Justeru, amatlah penting didikan dan kasih sayang perlu dititikberatkan dan ia bermula dari rumah.

 

Terdapat beberapa panduan untuk menjamin keharmonian dan kebahagiaan keluarga iaitu dengan menghormati pandangan dan pendapat setiap ahli keluarga. Setiap ahli keluarga mestilah berkasih sayang antara satu sama lain.

 

Kanak-kanak biasanya suka mendengar kisah ibu bapa semasa remaja dan di tempat kerja. Sebagai ibu bapa yang ingin menerapkan kasih sayang, mereka hendaklah menunjukkan contoh berkasih sayang kepada anak-anak.

 

Jika ibu bapa melayani pasangan dengan baik, anak-anak turut berkelakuan baik kepada orang lain. Antara waktu yang sesuai untuk menerapkan kasih sayang adalah dengan menjadikan masa makan waktu bersama keluarga untuk berkongsi cerita dan berbual dengan anak-anak.

 

Makan bersama keluarga adalah cara yang paling mudah untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan berhubung. Jika anak-anak tidak seronok di rumah, anak-anak akan mencari keseronokan di tempat lain.

 

Selain itu, turut disarankan untuk membawa keluarga melakukan aktiviti bersama setiap hujung minggu sebagai salah satu cara untuk menghargai masa bersama keluarga.

 

Ibu bapa juga hendaklah mengelakkan daripada terlalu kerap meninggikan suara terhadap anak-anak. Hal ini kerana, meninggikan suara bermakna ibu bapa gagal mengawal keadaan.

 

Ibu bapa hendaklah memastikan setiap ahli keluarga berkomunikasi antara satu sama lain dengan berkesan. Kita mestilah membentuk cara layanan kepada ahli keluarga dengan penuh kasih sayang dan harmoni.

 

Pembentukan suasana yang kondusif amat penting agar sebarang masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga dapat ditangani bersama.

 

Akhir sekali, personaliti setiap anak adalah unik dan berbeza-beza. Ibu bapa perlu mengenali personaliti anak-anak agar lebih memahami mereka. Keunikan menjadikan setiap anak istimewa, dan anak-anak harus berbangga dengan keunikan diri masing-masing.

 

Siti Nurfatimah Idris, pelajar tahun akhir pengajian Fiqh Fatwa, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia