Masjid al-Aqsa: Lantai Retak, Bawahnya Digali Pendatang Yahudi

Masjid al-Aqsa: Lantai Retak, Bawahnya Digali Pendatang Yahudi | IKRAM

Pendatang haram Yahudi dilaporkan melakukan penggalian berterusan di bawah Masjid al-Aqsa bersama pihak berkuasa aparteid Israel hingga mengancam reka bentuk asasnya dengan serius.

Institusi Baitulmaqdis mendedahkan kemunculan keretakan baharu yang muncul di lantai Masjid al-Aqsa akibat daripada penggalian berterusan Israel di bawahnya.

Majlis Wakaf, Hal Ehwal Islam dan Tempat Suci di Baitulmaqdis memberi amaran tentang bahaya penggalian yang dilakukan oleh pihak penjajah Israel di sekitar Masjid al-Aqsa.

Majlis tersebut melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Antikuiti Israel dan persatuan penempatan Yahudi, Elad telah melakukan penggalian yang mencurigakan di sekitar Masjid al-Aqsa, terutamanya dari bahagian selatan dan barat bersebelahan dengan bahagian luar asas masjid, di kawasan Tembok Buraq dan Istana Umayyah.

Kenyataan itu menambah bahawa pihak Palestin telah memantau sejak beberapa lama bahawa sekumpulan pekerja, menggunakan jentolak dan jengkaut besar, bekerja dengan tergesa-gesa dan mencurigakan di halaman Tembok Buraq dan kawasan Istana Umayyah, di kawasan yang berdekatan dengan asas-asas bawah Masjid al-Aqsa.

“Kerja-kerja tersebut termasuk mengosongkan tempat dan membuat lubang di dinding bersebelahan dengan dinding selatan masjid serta mengosongkan koridor dalam cubaan untuk menyembunyikan penggalian yang mereka lakukan.”

Majlis itu juga menegaskan bahawa pemerhatian telah dibuat secara berterusan selama berbulan-bulan bagi mengelakkan tempat suci itu dicabuli.

Hentikan Segera Penggalian

Majlis itu memberi amaran agar tidak terus mengganggu, mahupun sabotaj dan menukar mercu tanda keagamaan tapak wakaf bersejarah ini. Ia juga menyeru agar penggalian yang mencurigakan itu dihentikan segera.

Majlis menegaskan bahawa Tembok Buraq dan kawasan Istana Umayyah adalah wakaf Islam lanjutan kepada Masjid al-Aqsa dengan keluasan penuh 144 meter persegi.

Ia turut menyatakan bahawa terowong baharu dan penggalian telah dilakukan oleh Persatuan Elad secara rahsia seluas 130 meter dari dinding tenggara masjid.

Pihak penjajah memasukkan pekerja dan jentera ke dalam pembukaan terowong, yang bersebelahan sepenuhnya dengan kompleks air Ain al-Adira yang digali oleh orang Kanaan, sehingga ke kompleks bawah tanah Ain Silwan dengan panjang 533 meter.

Persatuan Elad telah memulakan kerja itu sejak bertahun-tahun yang lalu, menutupnya dan menghalang kemasukan, dan membina sebuah pusat besar yang tertutup rapat di atasnya dengan kawalan keselamatan yang ketat, walaupun pada hakikatnya kawasan itu adalah milik wakaf Islam.

Al-Aqsa Diserbu 

Terbaru, berpuluh-puluh pendatang pelampau Yahudi menyerbu halaman Masjid al-Aqsa dari sisi Pintu Mughrabi, dan melakukan tindakan provokatif, melakukan ritual Talmud di halamannya dan mendengar penjelasan palsu tentang dakwaan kuil, di bawah perlindungan pasukan keselamatan Israel.

Pasukan keselamatan Israel juga sedang mengosongkan kawasan timur masjid bagi memudahkan pendatang haram Yahudi menyerbu, di tengah-tengah gesaan agar rakyat Palestin untuk menggembleng dan berhimpun secara meluas serta beriktikaf di kawasan Masjid al-Aqsa bagi menggagalkan rancangan Yahudisasi, terutama pada sepuluh hari pertama Zulhijjah mulai Khamis.

Tentera Israel turut mengetatkan prosedur dan sekatan terhadap jemaah yang memasuki Masjid al-Aqsa berikutan berpuluh-puluh pendatang haram menyerbu halamannya.

Polis Israel yang hadir di pintu al-Aqsa memeriksa identiti para jemaah yang datang ke sana dan menahan mereka di pintu serta menyoal siasat sebahagian daripada mereka dengan siasatan lapangan.

Lindungi al-Aqsa

Dalam pada itu, pejuang Hamas telah menekankan kepentingan ribat (berjaga-jaga) dan orang ramai melindungi Masjid al-Aqsa dan menggagalkan rancangan Yahudisasi.

Hamas turut menyeru rakyat Palestin agar meneruskan proses mempertahankan Baitulmaqdis dan al-Aqsa, menyokong mereka yang ditempatkan di sana dan menyokong mereka yang diusir daripadanya.

Ini bagi melindungi masjid daripada pencerobohan provokatif dan menggagalkan pihak Israel merancang untuk menakluki dan membahagikannya.

Selain itu, Hamas menegaskan bahawa percubaan penjajah Israel untuk menjauhkan rakyat Palestin daripada pergi ke Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa yang diberkati tidak akan berjaya menghilangkan peranan juga penglibatannya dalam perjuangan dan penentangan yang menyeluruh.

Perjuangan akan berterusan sehingga kemenangan dicapai dengan membebaskan tanah serta mengembalikan serta menubuhkan negara Palestin dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.

Selain itu, media Palestin melaporkan bahawa saluran Israel melaporkan bahawa seramai 569 pendatang haram Yahudi menyerbu halaman Masjid al-Aqsa sepanjang minggu lalu.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia