Manusia bukan diciptakan untuk hidup di dunia?

Pasti akal yang waras menyatakan bahawa alam rahim hanyalah tempat yang sementara bagi manusia. Adalah amat mustahil jika manusia hanya diciptakan untuk hidup dalam rahim ibu kerana anggota seperti mata, tangan, kaki dan bahkan kemaluan tidak boleh digunakan semasa berada dalam rahim kandungan ibu.

 

Namun sedarkah kita bahawa, setelah janin tersebut dilahirkan ke alam dunia sebagai makhluk manusia yang sempurna anggota badannya, ia juga merupakan makhluk yang bukan diciptakan untuk hidup dan berada di alam dunia yang fana ini. Hal ini kerana terdapat dua perkara yang membuktikan bahawa manusia juga bukanlah diciptakan untuk hidup di alam dunia.

 

“Siapa yang mahu mati?” Tanya seorang penceramah kepada jemaah masjid, tapi tiada seorang pun yang menjawab saya mahu mati. Malah dalam doa kebanyakan orang adalah agar disihatkan tubuh badan serta dipanjangkan usia.

Jika boleh, manusia mahu hidup selama-lamanya untuk melihat semua keturunannya, belum puas menikmati kehidupan dunia. Hanya manusia yang kecewa serta putus asa untuk hidup sahaja yang mahu mati.

 

Sementara itu, seorang yang sudah bergelar jutawan juga sentiasa bekerja keras untuk menambah hartanya walaupun harta yang sedang dimilikinya itu tidak akan habis digunakan sehingga tujuh keturunannya.

 

“Haikal rasa nak tukarlah kereta BMW tu, sekarang dah keluar model baru,” luah anak muda kepada ayahnya Datuk Hashim, walaupun di rumahnya sudah mempunyai tujuh kereta mewah.

 

Dua tabiat manusia tersebut membuktikan bahawa manusia bukanlah diciptakan untuk hidup di alam dunia ini. Pertama, keinginan untuk kekal sihat serta hidup selama-lamanya dan yang kedua, tidak akan pernah puas dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki.

 

Sungguh pun begitu, fakta sains menyatakan bukan sahaja bumi, bahkan seluruh alam ini akan musnah juga pada suatu hari nanti. Menjadi suatu hakikat yang tidak mungkin ditolak bahawa keinginan manusia adalah infiniti yang tiada penghujungnya, tiada manusia yang berasa puas dan cukup dengan apa yang telah dimilikinya.

 

Oleh yang demikian, Allah SWT yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana telah menyediakan suatu alam yang lain untuk manusia memenuhi impiannya yang mustahil dapat dikecapi di alam dunia. Ya! Alam tersebut adalah alam akhirat.

 

Firman Allah yang bermaksud: “Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari yang berkekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Surah Qaaf: 34-35)

 

Ayat ini menyatakan dengan jelas bahawa syurga merupakan alam yang kekal abadi dan manusia akan beroleh apa sahaja yang dikehendaki, malah lebih daripada apa yang mampu difikirkan oleh manusia.

 

Kesimpulannya, manusia bukan diciptakan untuk hidup di alam dunia seperti mana manusia juga bukan diciptakan untuk hidup di alam rahim. Alam rahim hanyalah alam yang sementara bagi menyempurnakan proses kejadian manusia sebelum dilahirkan oleh ibunya dengan selamat. 

 

Begitu juga alam dunia hanyalah alam yang sementara bagi menyempurnakan proses menjadikan manusia itu benar-benar seorang hamba Allah SWT sebelum berpindah ke alam syurga yang kekal abadi.

 

Ustaz Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib
Ketua Hal Ehwal Syariah
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia