Mangsa Gangguan Seksual Perlu Tampil Bersuara

Mangsa Gangguan Seksual Perlu Tampil Bersuara | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Wanita IKRAM menyeru agar mangsa-mangsa gangguan seksual tidak berdiam diri dan mengambil langkah sewajarnya bagi mempertahankan maruah, rohani, fizikal dan mental mereka.

“Langkah pertama yang disarankan kepada mangsa-mangsa gangguan seksual adalah untuk tampil bersuara dan melaporkan perbuatan pelaku tersebut kepada pihak berkuasa,” kata Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Beliau yang melahirkan keprihatinan ekoran pendedahan yang dibuat oleh seorang pelakon remaja baru-baru ini mengenai serangan seksual yang dilaluinya semasa kecil menjelaskan, semestinya untuk tampil bersuara, mangsa memerlukan kekuatan dan keberanian. 

“Oleh itu, mangsa gangguan seksual turut disarankan mendapatkan sokongan mental dan emosi daripada individu yang dipercayai ataupun merujuk masalah mereka kepada pihak kaunselor yang terlatih,” jelas beliau.

Menurut Ustazah Sallawahiu, mereka juga disaran untuk mendapatkan rawatan dan perlindungan daripada pihak yang tepat agar kesejahteraan dan keselamatan mereka sentiasa dilindungi dan tidak berasa keseorangan dalam mendapatkan keadilan dan pembelaan.

Selain mangsa ujarnya, masyarakat juga memainkan peranan dalam memerangi gangguan seksual daripada terus berlaku.

“Setelah suatu laporan gangguan seksual difailkan oleh mangsa kepada pihak berkuasa, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengganggu mangsa dan pelaku serta memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan telus dan adil,” tambahnya.

Beliau turut menggesa supaya siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa mestilah telus dan adil agar pembelaan dapat diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat.

Kenyataan penuh: https://ikram.org.my/gangguan-seksual-mangsa-diseru-tampil-bersuara/

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia