Gangguan Seksual: Mangsa Diseru Tampil Bersuara

Gangguan Seksual: Mangsa Diseru Tampil Bersuara | IKRAM

Wanita IKRAM Menyeru Mangsa Gangguan Seksual Untuk Tampil Bersuara Bagi Mendapatkan Keadilan dan Pembelaan

Wanita IKRAM sentiasa mengambil peduli isu-isu gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Pendedahan yang dibuat oleh seorang pelakon remaja baru-baru ini mengenai serangan seksual yang dilaluinya semasa kecil wajar dipandang serius, dilaporkan dan disiasat oleh pihak berkuasa agar perlindungan dan keadilan dapat diberikan kepada mangsa.

Pendedahan pelakon remaja tersebut juga telah membuka mata masyarakat bahawa isu gangguan seksual dan keganasan rumah tangga yang berlaku dalam kalangan masyarakat bukan isu terpencil dan tidak boleh dipandang remeh.

Wanita IKRAM menyeru agar mangsa-mangsa gangguan seksual tidak berdiam diri dan mengambil langkah sewajarnya bagi mempertahankan maruah, rohani, fizikal dan mental mereka. Langkah pertama yang disarankan kepada mangsa-mangsa gangguan seksual adalah untuk tampil bersuara dan melaporkan perbuatan pelaku tersebut kepada pihak berkuasa.

Semestinya untuk tampil bersuara, mangsa memerlukan kekuatan dan keberanian. Oleh itu, mangsa gangguan seksual turut disarankan mendapatkan sokongan mental dan emosi daripada individu yang dipercayai ataupun merujuk masalah mereka kepada pihak kaunselor yang terlatih.

Mangsa-mangsa gangguan seksual juga disaran untuk mendapatkan rawatan dan perlindungan daripada pihak yang tepat agar kesejahteraan dan keselamatan mangsa-mangsa sentiasa dilindungi dan mereka tidak berasa keseorangan dalam mendapatkan keadilan dan pembelaan.

Selain mangsa, masyarakat juga memainkan peranan dalam memerangi gangguan seksual daripada terus berlaku. Setelah suatu laporan gangguan seksual difailkan oleh mangsa kepada pihak berkuasa, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengganggu mangsa dan pelaku serta memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan telus dan adil.

Siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa mestilah telus dan adil agar pembelaan dapat diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat. Dengan adanya ekosistem yang selamat dan proaktif, masalah gangguan seksual dapat teguh bersama diperangi demi mewujudkan Malaysia sebagai negara yang rahmah dan sejahtera.

Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia