Malaysia Lifeline for Syria: Lebih banyak bantuan diperlukan

Menurut ketua delegasi, Muhammad Shahrir Azfar merangkap exco ABIM, mereka telah ke Istanbul dan sempadan Turki-Syria. Objektif utama delegasi adalah untuk menghantar bantuan rakyat Malaysia sebanyak RM400,000 kepada rakyat Syria melalui NGO Syrian Society for Humanitarian Relief and Development yang berpusat di Turki.

Sumbangan berjaya diserahkan kepada CEO NGO tersebut, Dr Abdul Muhaimeen Siba’ie (gambar utama). Peruntukan tersebut digunakan untuk membeli 80 tan gandum dan diedar kepada dua kilang roti di Syria dan selebihnya untuk membantu keluarga-keluarga yang memerlukan di Syria. Selain itu, kira-kira 2,000 set selimut dan tilam telah dibekalkan kepada pelarian di Atme.


Turut disediakan ialah saguhati pelarian Syria yang tinggal di luar kem pelarian di Turki, saguhati pesakit Syria di hospital-hospital di Turki dan bekalan susu bayi. Di samping itu, sebanyak 1,000 pek makanan disediakan kepada pelarian dalam Syria dan juga ditempah satu ambulans lengkap dengan peralatan dan ubatan yang akan tiba dalam masa dua minggu di Idlib.

Beliau berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sumbangan tersebut. Katanya, misi terdekat MLL4S dijangka pada akhir Januari atau awal Februari 2013 dengan sasaran kutipan RM1 juta bagi projek anak yatim, melengkapkan sebuah hospital di Idlib dengan peralatan, bantuan pembelajaran, di samping penambahan selimut dan tilam.

Pengerusi GSS, Naim Jusri bersyukur kerana mereka selamat dan berjaya menyampaikan bantuan kepada sebahagian pelarian yang kini mencecah 3 juta orang di Syria, dengan harapan ia dapat meringankan beban mereka yang menghadapi musim sejuk. Menurutnya, kem pelarian Syria di sempadan Turki dijaga dengan baik di mana kerajaan Turki telah membelanjakan hingga 500 juta Lira untuk membiaya pelarian di sana. Tambahnya, ada juga yang terpaksa tidur di bawah pohon zaitun walaupun cuaca sangat sejuk.

Mahasiswa Syria di Malaysia yang turut menyertai delegasi, Umara berkata, keadaan di Syria serba kekurangan dan memerlukan lebih banyak bantuan, makanan dan tempat tinggal ditambah lagi dengan keadaan musim sejuk suhu mencecah sehingga -15 darjah Celsius. Beliau juga tersentuh dalam satu keadaan di mana sebelum delegasi keluar dari sempadan Syria-Turki ke Istanbul, sekumpulan kanak-kanak membawa pinggan dan meminta makanan kepada mereka tapi tiada makanan untuk diberi.

Menurutnya, keadaan di Syria amat teruk kerana ramai mangsa tiada kaki, tiada tangan, sakit tetapi tiada bantuan doktor. Tambahnya, di kem Combin yang menampung 5,000 pelarian, sebuah keluarga hanya dibekalkan sebuku roti sehari. Bila mereka ditanya ada tak kentang atau ayam? Mereka kata cuma dalam mimpi dan bayangan sahaja.

Teruskan berdoa dan menyumbang untuk membantu rakyat Syria. Syria, semoga kemenangan rakyat mengiringimu, insya-Allah.

Sumber sebahagian foto: FB Save Syria
https://www.facebook.com/savesyriamy

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia