Makan Malam Amal: R2R sasar kutipan derma RM1.5 juta

Dalam satu sidang media Restoran Pegaga di sini semalam, Timbalan Pengerusi Aqsa Syarif, Dr Fauziah Mohd Hassan berkata, R2R adalah khusus untuk wanita dan kanak-kanak di Palestin dan telah dimulakan pada tahun 2011. Sejak dari itu, sumbangan sebanyak RM1.6 juta telah disumbangkan.

Pada tahun 2012, R2R telah berjaya membina dua buah pusat komuniti wanita di Gaza hasil dana yang diperolehi daripada pelbagai aktiviti seperti penjualan pin R2R, wakaf dan Makan Malam Amal tahun lalu.


Selain itu, R2R telah menaja sebuah makmal sains di sekolah As-Sayyidah Khadijah Islamic Girls School di Deir al-Balah, Gaza. Manakala untuk wanita di Baitul Maqdis, R2R telah mengenalpasti satu projek untuk menghasilkan “home-made pastries”, “pickles” dan “frozen vegetables”.

Aktivis R2R, Puan Lina selaku wakil komiti Makan Malam Amal berkata, dana RM1.5 juta ini akan digunakan untuk menolong wanita dan kanak-kanak di Palestin, Syria dan Rohingya. Hasil daripada kutipan tersebut akan digunakan untuk:

1. Menyediakan keperluan untuk musim sejuk dan tengkujuh seperti selimut, baju sejuk dan “sleeping bag”.

2. Menolong untuk menubuh pusat komuniti wanita di khemah atau dalam bangunan yang sesuai. Pusat ini boleh dijadikan sebagai pusat menjahit, kaunselling, tadika dan lain-lain.

3. Menolong membaiki atau membina rumah (tempat perlindungan) tetap atau sementara.

4. Membeli ubat-ubatan yang diperlukan.

Antara aktiviti yang akan dianjurkan dalam makan malam ini adalah pameran fotografi Lensa Gaza & Syria, jemputan artis tersohor, jualan amal, persembahan budaya Rohingya, penceramah khas isu Palestin iaitu Dr Azzam Tamimi, cenderahati album dan lain lain.

R2R turut menjemput semua badan-badan korporat, rakan media, para penyumbang dan rakyat Malaysia sekalian untuk menyertai majlis ini. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Cik Hasyimah (013-744 4760) atau Puan Rohayah (019-388 3121).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia