Majlis Hi-Tea Amal HCF kumpul sumbangan lebih RM85,000

Ceramah dari pakar motivasi dan ilmuwan terkenal, Dr Danial Zainal Abidin bertajuk “Tanggungjawab Berdakwah dan Menyantuni Saudara Baru” sangat mengujakan dan menarik minat sekitar 80 dermawan yang hadir. Antara lain Dr Danial berkongsi tips berdakwah kepada non-Muslim dengan cara mencipta peluang berinteraksi dengan mereka dan juga memberikan hadiah istimewa.

“Kita berikan kek yang istimewa, bukan kek seringgit dua. Contohnya kita berikan kek istimewa serta buku tentang Islam sempena harijadi mereka. Jangan terlalu gopoh dan beri masa untuk mereka membacanya. Sekali sekala tanyakan apa yang dia ingin kongsikan dari buku tersebut. Jika dia belum baca, cadangkan kalau sudah baca bab pertama nanti, boleh kita bincangkan?” ujarnya.

Bendahari HCF, Ir Hj Wan Ahmad Nizar Zakaria turut mengambil
peluang mengucapkan penghargaan kepada para dermawan dan mengharapkan kerjasama erat dan sumbangan berterusan dalam membantu usaha dakwah melalui Hidayah Centre Foundation.

Selepas ucapan beliau, majlis diserikan dengan pelancaran Ansar Initiative, satu inisiatif sumbangan dana secara berterusan dari orang awam dan korporat. Ansar Initiative menawarkan pakej sumbangan RM1 satu hari kepada Hidayah Centre, sebagai satu bentuk sumbangan yang lebih mudah dan berterusan dari semua pihak. Ansar Corporate, satu lagi tawaran menyumbang pula diwujudkan bagi mensasarkan sumbangan daripada golongan korporat.

Penyumbang terbesar sempena Majlis Hi-Tea Amal ini adalah Bank Rakyat dengan sumbangan sebanyak RM50,000. Puan Nor Azlina Ibrahim mewakili Bank Rakyat telah menyampaikan mock cheque kepada Hidayah Centre Foundation yang diwakili oleh Puan Halizahtun Mohamed Ali (ahli Exco HCF).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia