Lori bawa barang bantuan i-Bantu Gombak terbalik di Merapoh

Rombongan sukarelawan i-Bantu Wilayah Persekutuan (WP) yang turut membawa barang bantuan melalui tempat yang sama tidak lama kemudian dan membantu memindahkan barang bantuan tersebut.

Menurut wakil i-Bantu WP, Mohammad Abd Hamid, lori tersebut terbalik kerana hilang kawalan ketika membelok selekoh di sini menyebabkan pembantu pemandu lori mengalami luka ringan. Tiada kecederaan lain dilaporkan.


Lori tersebut bersama-sama 12 orang sukarelawan  i-Bantu Gombak berada dalam kenderaan yang berlainan ketika dalam perjalanan menuju Kuala Krai. Rombongan ke Kuala Krai diketuai oleh Norshahrin Haron, wakil i-Bantu Gombak.

Lori yang membawa keperluan seperti pek keluarga, makanan dan keperluan kanak-kanak dilaporkan mengalami kerosakan pada brek dan mengalami masalah dengan tayar belakang.

Semoga perjalanan mereka dimudahkan dan urusan penyaluran bantuan berjalan lancar, insyaa-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia