Lonjakkan Peranan Institusi Didik Masyarakat – Presiden IKRAM

SERI KEMBANGAN – Institusi-institusi Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) diseru agar melonjakkan usaha mendidik masyarakat dalam pelbagai bidang.

“Kita perlu lipat gandakan didik masyarakat, usaha pendidikan masyarakat ini,” kata Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin bersama kepimpinan institusi buat julung kalinya di Ibu Pejabat IKRAM, di sini.

“Kita perlu sedaya mungkin, sehabis kemampuan, untuk membina kekuatan. Institusi semua adalah kekuatan, institusi ini adalah sebahagian daripada kekuatan jemaah,” ujarnya mengulas Surah al-Anfal ayat 60 berkaitan kekuatan (  مَا اسْتَطَعْتُمْ  ).

Beliau berkata, kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan individu, kekuatan organisasi dan kekuatan institusi yang adakalanya sangat luar biasa, berkembang dan diterima masyarakat.

Badlishah Sham turut memetik kata-kata Abdullah bin Mubarak bahawa amal yang kecil jika disertai dengan niat yang ikhlas, Allah akan panjangkan amal tersebut, begitu juga sebaliknya.

Di hadapan wakil lebih 30 institusi IKRAM yang hadir, beliau menegaskan bahawa institusi perlu bersama, mengambil peluang lakukan advokasi secara agresif.

Dalam pada itu, beliau menggesa setiap institusi IKRAM mengambil peluang dan ruang yang ada dalam mendidik masyarakat.

“Kata kuncinya ialah, ambil peluang yang ada untuk kita sampaikan apa yang boleh kita laksanakan.”

Beliau juga turut memberikan suntikan semangat, motivasi dan kekuatan kepada wakil institusi di samping mengingatkan agar sentiasa memelihara hubungan dengan Allah dan berdoa.

Turut hadir pada pertemuan tersebut Timbalan Presiden IKRAM, Jusni Yusoff, Setiausaha Agung Haji Shahrul Aman Mohd Saari dan beberapa Ahli JKP yang lain.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia