KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) hari ini mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato’ Johari Abdul di bangunan Parlimen hari ini.
Pertemuan itu bertujuan membincangkan usaha bagi meningkatkan literasi demokrasi, mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem kepimpinan negara dan membina kepimpinan anak muda.
Delegasi IKRAM diketuai Hj Badlishah Sham Baharin, Presiden IKRAM, Naib Presiden Prof. Dr Hanim Salleh, Setiausaha Agung Hj Shahrul Aman Mohd Saari, Ahli JKP Hj Azman Abd Rashid dan Pegawai Pejabat Presiden, Ya Asrul Yaman Kijas.
Dalam pertemuan itu, Dato’ Johari memberikan maklum balas positif program-program cadangan daripada IKRAM, yang dilihat selari dengan hasrat beliau untuk membawa perubahan di dalam Parlimen.
IKRAM merakamkan penghargaan kepada Dato’ Johari Abdul atas kesudian menerima kunjungan tersebut, dan berharap ia membuahkan kerjasama yang baik dengan pihak Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat pada masa akan datang.