Lindungi anak-anak, jangan sampai menangis tidak berlagu

Berikutan perkongsian di facebook Mothers Against Pornography (MAP) mengenai pendedahan MalayMail tentang wujudnya kumpulan syaitan bertopengkan manusia yang berkongsi video pornografi kanak-kanak di Telegram, ramai sahabat MAP berasa marah.

“Ada juga yang terkejut dan tidak menyangka wujudnya golongan sebegini dalam masyarakat kita,” ujar Sekretariat MAP.

Dalam pada itu, tentunya tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka boleh hidup dan bernafas setiap hari setelah melakukan perbuatan jijik itu.

“Bersesuailah dengan peribahasa, harapkan pegar, pegar makan padi.”

Percaya atau tidak, kebanyakan kes-kes pencabulan yang berlaku ke atas anak-anak, tidak kira kecil atau remaja, dilakukan oleh mereka yang sepatutnya melindungi anak-anak tersebut.

“Ia dilakukan oleh mereka yang kenal dengan anak-anak ini, yang rapat dengan mereka seperti bapa, bapa tiri, bapa saudara, suami pengasuh, anak pengasuh, sepupu, datuk,” katanya lagi.

Beliau turut mempersoalkan, adakah kita hanya sekadar membaca dan membiarkan kisah-kisah tragis itu berlalu pergi kerana kita merasakan yang ianya tidak terjadi kepada anak-anak kita?

“Jangan sampai kita menangis tidak berlagu kerana menyesal tidak mengambil berat dan mengambil tahu.”

Dalam perkembangan berkaitan, MAP mengajak rakyat Malaysia agar sama-sama mengambil peduli dan memperkasakan pengetahuan anak-anak dengan menyokong “Love Myself Campaign”.

“Mari bersama-sama kami, kita berpegang tangan berganding bahu dalam menyebarluaskan kesedaran tentang keselamatan diri dan maruah anak-anak kita. ‘Diri Saya Hak Saya’ adalah manifestasi kekuatan kita dan anak-anak,” jelasnya.

MAP turut menggalakkan semua untuk mengikuti kursus atas talian (online course) secara percuma berkaitan cara-cara menjaga keselamatan diri dan maruah anak dengan melayari https://www.openlearning.com/courses/rahsia-peribadi-lmt/HomePage.

“Jom sertai pertandingan video berkisar tentang topik ini (Diri Saya Hak Saya), terbuka untuk anak-anak berumur 5-12 tahun.”

Selain itu, MAP turut mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai larian LoveMyself Run 2017 pada Ahad, 22 Oktober 2017 bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur sebagai tanda solidariti bencikan dan menolak virus pornografi daripada terus merebak dan bernanah dalam masyarakat kita.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini, sila layari laman web www.lovemyself.ikram.org.my atau facebook Love Myself Campaign.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia