PUTRAJAYA – Majlis Mesra Syawal IKRAM telah berlangsung dengan meriah dengan kehadiran lebih 700 orang tetamu di Taman Warisan Pertanian di sini pada Ahad.
Majlis ini adalah anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan IKRAM Putrajaya dengan sokongan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan IKRAM MUSLEH.
Hadir meraikan tetamu ialah Presiden IKRAM Hj Badlishah Sham Baharin dan Ahli-ahli JK Pusat, Ketua Wanita IKRAM Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh dan Ahli-ahli JK Wanita Pusat, Ketua IKRAM Muda Khairul Anuar Kamaruddin serta Yang Dipertua IKRAM Putrajaya Hj Azlishah Azizan dan Ahli-ahli JK Negeri.
Dikendalikan oleh dua hos, iaitu Zainal Abid Zainal Adlishah dan Mohd Kamal Ariffin Bunyamin, Majlis Mesra Syawal IKRAM dimulakan dengan ucapan YDP IKRAM Putrajaya, Presiden IKRAM seterusnya video pengenalan IKRAM.
Kemudian, majlis diserikan lagi dengan persembahan pantun, puisi, seloka, badut, sembang santai, nasyid serta pertandingan menganyam ketupat dan gerai makanan, seterusnya penyampaian hadiah.
Menu-menu yang dihidangkan dalam majlis ini antaranya nasi minyak, sotong sambal, daging masak hitam, mi kari, laksa, sate, nasi himpit, lemang, rendang, bihun sup, kuih-muih dengan minuman teh tarik, teh ais dan asam boi serta buah-buahan.
Para tetamu terdiri daripada pegawai kerajaan dan agensi, rakan-rakan NGO-NGO, ahli politik, golongan korporat, agamawan, kakitangan dan wakil institusi IKRAM serta ahli-ahli IKRAM.
Antara tetamu yang hadir ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat Dato’ Johari Abdul, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Hajah Fuziah Salleh, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Mohd Azam Mohd Adil.
Wakil NGO-NGO yang hadir antaranya Presiden WADAH Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden HALUAN Dr Abdullah Sudin Ab Rahman Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) Stanley Yong Yew Wei, Naib Presiden ABIM Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Pengerusi Just For Palestine Action Front (JPAF) Prof Emeritus Dato’ Abang Abdullah Abang Ali, Presiden PKPIM Ahmad Farhan Rosli dan Presiden Muslim Business Network Association of Malaysia (MUBIN) Dato’ Md Pishal Ab Raub.
Selain itu, tokoh-tokoh lain yang hadir antaranya mantan Presiden IKRAM Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, mantan Ketua Wanita IKRAM Ustazah Maznah Daud, mantan Ahli JKP Hj Zaid Kamaruddin, Hj Nahar Md Nor dan Hj Mahdzir Md Isa, Prof. Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz, Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Most Reverend Julian Leow Beng Kim, aktivis hak asasi manusia Jerald Joseph dan ramai lagi.
Para tetamu dan ahli-ahli turut tidak ketinggalan untuk bergambar kenangan di photobooth yang disediakan. Semoga majlis ini menyemarakkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan dengan semua pihak demi keharmonian bersama.
Sekalung penghargaan buat semua urus setia daripada Ibu Pejabat IKRAM dan IKRAM Putrajaya serta semua pihak yang menjayakan Majlis Mesra Syawal IKRAM secara langsung atau tidak langsung.