Lebih 51,000 Mangsa Banjir, Dua Negeri Pulih

Lebih 51,000 Mangsa Banjir, Dua Negeri Pulih | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Seramai 51,285 orang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan tiga negeri setakat 6 pagi hari ini, menurun 2,920 berbanding 54,205 pada jam 8 malam tadi.

Sementara itu, keadaan banjir di Selangor dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya. Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 47,655 orang diikuti Pahang (3,029) dan Melaka (801).

Di Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan 15 lagi PPS dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan 268 pusat beroperasi di kesemua 10 daerah setakat ini.

Menurut JPBN, Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 19,537 mangsa daripada 5,526 keluarga diikuti Segamat (11,044 orang daripada 3,271 keluarga), Kluang (4,830 orang/1,384 keluarga), Muar (4,127 orang/1,260 keluarga) dan Tangkak (3,180 orang/931 keluarga).

Dalam pada itu itu, jumlah mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 601 orang daripada 148 keluarga setakat 6 pagi berbanding 595 orang daripada 147 keluarga pada 8 malam tadi.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir dilaporkan meningkat kepada 3,029 orang di 22 PPS berbanding 3,014 orang malam tadi. Rompin merekodkan mangsa paling ramai iaitu 2,774 orang, manakala jumlah mangsa di satu PPS di Temerloh ialah 226 orang dan 29 lagi berada di sebuah PPS di Maran. 

Di Selangor, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memaklumkan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak, Sungai Buloh ditutup secara rasmi petang semalam dan kesemua 13 mangsa daripada dua keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Di Negeri Sembilan, APM memaklumkan PPS SK Sungai Kelamah, Tampin ditutup pada 2.07 petang semalam, sekali gus menjadikan keadaan banjir di Tampin, Jempol dan Kuala Pilah pulih sepenuhnya susulan penutupan semua PPS di daerah itu.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Ahad berkata bahawa Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) terutama di Johor perlu disegerakan operasinya bermula Jun tahun ini bagi mengelakkan bencana banjir berulang pada masa akan datang.

“Banjir ini bukan kali pertama, bertahun-tahun dan di sini sudah dua kali banjir besar. Oleh itu, kita putuskan projek mahal RM600 juta atau lebih untuk RTB akan disegerakan. Itu kita lulus dan akan segerakan,” jelas beliau ketika sidang akhbar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Tengah, Segamat.

Tambahnya, penangguhan sementara projek RTB tempoh hari adalah kerana kerajaan tidak mahu peruntukan untuk bantu rakyat ada ketirisan atau kecurian.

“Kita perlu proses tender walau disegerakan. Semua projek RTB yang diluluskan harus semuanya beroperasi mulai Jun ini. Jadi tak boleh dilengahkan lagi,” katanya.

Berikutan bencana banjir yang melanda, Yayasan Ikram Malaysia turut membuka Tabung Bencana untuk meringankan beban mangsa melalui pautan http://billplz.com/tbencana. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia