Banjir Lima Negeri: Lebih 34,000 Mangsa di 255 PPS

Banjir Lima Negeri: Lebih 34,000 Mangsa di 225 PPS | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Jumlah mangsa banjir di empat negeri terus meningkat setakat pagi ini dengan 34,912 orang ditempatkan di 255 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 31,375 mangsa malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), memaklumkan, Segamat masih teruk terjejas dengan 3,456 keluarga dipindahkan ke 76 PPS, diikuti Kluang (1,519 keluarga/38 PPS); Batu Pahat (1,082 keluarga/22 PPS); Kota Tinggi (887 keluarga/18 PPS) dan Muar (787 keluarga/17 PPS).

Di Pahang, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini dengan 1,844 mangsa berada di 28 PPS berbanding 1,769 mangsa di 27 PPS malam tadi.

Daerah Rompin terus merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,190 orang di 14 PPS diikuti Maran dengan 355 orang di lima PPS.

Di Negeri Sembilan, Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan seramai 1,061 mangsa daripada 301 keluarga ditempatkan di 12 PPS setakat 6 pagi ini membabitkan Tampin dan Jempol manakala dua PPS di Kuala Pilah telah ditutup petang semalam.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, dalam kenyataan, turut memaklumkan tiga laluan ditutup kepada semua kenderaan akibat dinaiki air iaitu di Jalan Londah-Pasir Besar (jalan ladang), Jalan Gemas-Seremban (Jambatan Sungai Kelamah) dan Felda Jelai 2-Pasir Besar (laluan utama).

Di Melaka, jumlah mangsa banjir kembali meningkat kepada 99 mangsa daripada 25 keluarga pada jam 6 pagi ini berbanding 78 mangsa daripada 20 keluarga malam tadi.

Di Sarawak, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi ini iaitu 43 mangsa yang berada di dua PPS.

Sementara itu di Sabah, bencana banjir di negeri ini pulih malam tadi dan semua mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, PPS terakhir iaitu Dewan Mini Kampung Simpang Entilibon di Tongod sebelum ini menempatkan 108 orang daripada 24 keluarga ditutup petang semalam.

Dalam pada itu, sebanyak RM10 juta bantuan mangsa banjir di Johor disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi membeli barangan keperluan dan bantuan tambahan kepada penduduk terjejas banjir di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan segera itu bagi memastikan semua kelengkapan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencukupi, memandangkan angka penduduk terjejas terus meningkat.

“Saya dimaklumkan terdapat kekurangan selimut, bantal dan tilam. Ketua Pengarah Nadma sudah bagi tahu Pegawai Daerah agar pembelian dilakukan segera dan pembayaran kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah akan dilakukan segera sebagai tindakan pantas Nadma bagi menyelesaikan masalah kekurangan itu,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata demikian kepada pemberita selepas melawat PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir, Yayasan Ikram Malaysia turut membuka Tabung Bencana yang boleh disalurkan melalui pautan http://billplz.com/tbencana.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia