Lebih 200 Wartawan Terkorban di Gaza

KUALA LUMPUR – Pengamal media di seluruh dunia digesa untuk bersatu menentang tindakan tidak bermoral yang menjadikan wartawan yang sedang menjalankan tugas sebagai sasaran.

Ketua Biro Malaysia Al Jazeera, Samer Allawi berkata, wartawan memainkan peranan kritikal sebagai ‘saksi’ kepada pembunuhan beramai-ramai yang berlaku.

“Sejak 7 Oktober lalu, lebih 200 wartawan yang sedang menjalankan tugas terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di Gaza sahaja.

“Membunuh wartawan bermakna anda membunuh realiti dan sengaja menutup bukti peristiwa.

“Kita perlu meninggikan suara untuk menghentikan pembunuhan dan menyasarkan wartawan kerana wartawan adalah satu-satunya saksi mata keadaan; dan mereka adalah sama seperti orang awam yang tidak mempunyai senjata semasa menjalankan tugas,” tegas beliau.

Al Jazeera mengadakan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia pada 3 Mei lalu sebagai memperingati dan juga tanda solidariti terhadap wartawan yang sanggup mempertaruhkan nyawa bagi membuat liputan terutamanya mengenai liputan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Solidariti ini menekankan keperluan untuk memastikan keselamatan wartawan yang sedang menjalankan tugas terutamanya di zon konflik peperangan seperti di Gaza.

Lebih 50 peserta yang terdiri daripada pengamal media dan wartawan, NGO serta organisasi hak asasi kemanusiaan turut serta dalam acara di G Tower di sini bagi mengecam tindakan penyasaran wartawan dan menentang keganasan yang berterusan.

Para peserta yang hadir memegang papan tanda yang menyokong keselamatan wartawan dan mengutuk ‘pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Menurut Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) dan Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ), lebih 200 wartawan dan petugas media, majoriti rakyat Palestin, telah terbunuh dalam tujuh bulan pertama pembunuhan besar-besaran di Gaza.

Sejak permulaan pembunuhan beramai-ramai, lebih 35,000 rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 78,000 yang lain cedera di Gaza, manakala lebih 8,000 yang lain hilang, tertimbus di bawah runtuhan.

Turut hadir, Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan keperluan perlindungan yang berterusan terhadap wartawan, bukan hanya dijadikan peringatan sahaja pada Hari Kebebasan Akhbar Sedunia.

“Wartawan berada di barisan hadapan, berperanan menyampaikan berita penting.

“Kerja mereka meningkatkan kesedaran global dan mencetuskan tindakan,” kata Azmi.

Acara itu secara khusus memperingati kematian jurukamera Al Jazeera, Samer Abudaqa pada Disember 2023, yang terbunuh dalam serangan dron Israel ketika bertugas membuat liputan di Gaza.

Pada 2022 pula, wartawan Palestin Shireen Abu Akleh yang terkenal di seluruh dunia Arab, dibunuh oleh tentera Israel semasa bertugas membuat liputan di Tebing Barat.

Al Jazeera secara konsisten menyeru campur tangan antarabangsa untuk memastikan keselamatan wartawan dan mempertanggungjawabkan pihak yang membuat serangan  bertanggungjawab ke atas pembunuhan yang dibuat.

Al Jazeera turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk meminta Israel bertanggungjawab ke atas serangan yang dibuat ke atas wartawan.

Hari Kebebasan Media Sedunia disambut pada 3 Mei setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kebebasan akhbar serta mendukung hak kebebasan bersuara.

Foto: Sinar Harian

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia