Lebih 2,000 meriahkan Jamuan Raya Harmoni

“Kami amat merasa bangga dan seronok dengan kehadiran pelbagai bangsa di perayaan Raya Harmoni ini,” kata Imam Besar masjid, Tn Hj Zakaria bin Isa yang merasmikan sambutan dan turut mengucapkan tahniah kepada para penggerak yang bertungkus-lumus menjayakannya.

  

Ucapan perasmian dan antara tetamu yang hadir

Majlis tersebut sememangnya memberikan peluang untuk mengeratkan hubungan siraturahim bukan sahaja sesama umat Islam tetapi juga dalam kalangan masyarakat majmuk yang sama-sama hadir untuk meraikannya.

Jamuan Raya Harmoni 2017 merupakan usahasama yang pertama anjuran bersama tiga gabungan organisasi Islam di Malaysia iaitu Protem Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), Allied Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dan Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA) dengan kerjasama 12 NGO gabungan.

NGO-NGO tersebut ialah Hidayah Centre Foundation, World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Malaysia, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Pertubuhan IKRAM Malaysia, Belia Harmoni Malaysia, Wanita 1 Malaysia, IKRAM MUSLEH, Persatuan Iqra Malaysia (PIM), Protem Pertubuhan KDRMS Muslim SeMalaysia, International Islamic Propagation Society (IPSI), Saba Islamic Media (SIM) dan Pertubuhan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

  

Suasana Jamuan Hari Raya Harmoni

“Sambutan anjuran bersama ini melambangkan kesatuan di kalangan NGO Muslim,” kata Hj Nicholas Sylvester, Pengerusi GDM dalam ucapan beliau.

“Ini merupakan satu usaha permulaan dan kami mengharapkan majlis serupa ini akan menggabungkan lebih banyak NGO-NGO Muslim di masa hadapan,” sambung beliau.

Dalam ucapan tetamu khas yang diundang, Syeikh Hussain Yee, beliau mengingatkan umat Islam tentang konsep ‘Kongsi Masjid’ di mana masjid itu seharusnya memainkan peranan yang besar sebagai suatu tempat untuk menyatukan umat kerana agama Islam itu bukanlah kepunyaan satu bangsa tetapi adalah untuk semua kaum.

  

Tetamu-tetamu daripada Sincere Care Home dan Dato’ Mohd Chan menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim Madarasah Hashimiah

“Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad sebagai rahmatan lil ‘alamin kerana Islam adalah agama yang membawa rahmat dan kesejahteraan bagi seluruh alam semesta,” ujar beliau.

“Dengan ini, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua umat Islam untuk menjadi umat contoh yang mencerminkan keindahan agama Islam,” sambung beliau.

Turut hadir menyerikan majlis dan menyampaikan beberapa kata-kata aluan Pengerusi ACCIN, Ir Mohd Jamaluddin bin Shamsuddin dan Timbalan Pengerusi GASMA, Ustaz Ahmad Fazrin bin Yahaya.

Majlis ini juga telah meraikan mereka-mereka yang kurang bernasib baik dalam kalangan Muslim dan non-Muslim antaranya anak-anak yatim Madarasah Hashimiah dan Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak Yatim/Miskin Selangor, orang-orang tua Sincere Care Home (Kajang) serta saudara baru daripada Pertubuhan Momogun Muslim se-Malaysia.

Pelbagai jenis juadah tradisional Melayu dan juga masakan Cina Muslim yang ditaja oleh Dato’ Mohd Chan daripada Restoran Mohd Chan telah dihidangkan di majlis tersebut.

Di samping itu, beberapa aktiviti seperti booth pameran NGO Muslim dan program “Masjid Tour” turut diadakan sebagai usaha membuka minda dan hati masyarakat majmuk melihat keindahan Islam dengan lebih dekat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia