Lebih 1.2 Juta Kanak-kanak Telah Divaksin

Lebih 1.2 Juta Kanak-kanak Telah Divaksin | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Seramai 1,202,212 atau 33.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Isnin.

Menurut data laman sesawang CovidNow, seramai 1,733,437 atau 48.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,914,353 atau 93.7 peratus telah menerima dua dos vaksin.

Manakala, 3,009,343 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, seramai 16,106,736 atau 68.5 peratus individu dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak,

Sejumlah 22,981,301 atau 97.7 peratus pula lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,258,115 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 1,904 dos harian diberikan semalam meliputi 176 dos pertama, 1,287 dos kedua dan 441 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,991,146.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat Covid-19 pada Isnin dengan masing-masing satu kes di Kelantan dan Johor.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia