LEADERS

DUNGUN –  IKRAMTeens Pusat dengan kerjasama IKRAMTeens Terengganu menganjurkan Latihan Ekstensif Asas Dakwah dan Kepemimpinan Remaja Soleh atau ringkasnya LEADERS pada 2-4 Jun yang lalu di De’ Teratai Beach Resort, Rantau Abang, Dungun Terengganu.

Program LEADERS bertujuan melatih remaja menjadi pemimpin yang seimbang fizikal, mental dan spiritual, memandu remaja untuk membentuk matlamat hidup yang jelas, mempraktiskan konsep berpasukan dalam bekerja dan mempraktikkan asas asas dakwah. Program LEADERS 2011 kali ini turut dibantu oleh barisan fasilitator yang terdiri dari pelajar IPT yang sedang bercuti dari pelbagai latarbelakang bidang pengajian.

257084_1920818671674_1578286902_31853001_4837975_o 241190_1920837792152_1578286902_31853027_5759439_o

LEADERS 2011 disertai oleh 78 orang peserta yang mewakili setiap negeri di Semenanjung Malaysia yang mula berhimpun di Rantau Abang seawal subuh 2 Jun 2011. Program bermula pada jam 10 pagi dan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tarbiyah IKRAM Terengganu, Ustaz Muzahar bin Hitam yang mewakili YDP IKRAM Terengganu, Ustaz Muhamad Lokman bin Awang. Wakil IKRAMTeens Pusat yang turut hadir ialah Umi Anita Ali dan Akh Hafiz Bai.

Antara aktiviti aktiviti menarik yang dijalankan ialah taaruf al-ankabut, sambutan karnival Palestin-Kami Bersamamu, trekking de Rantau, kenali penyu, seruanku dan banyak lagi. Semua aktiviti adalah bercorak kerja berpasukan dan melatih peserta menonjolkan kepemimpinan secara individu dan berkumpulan. Peserta juga dilatih untuk solat wajib dan sunat di tepi pantai diatas pasir bertemakan alunan ombak dan berlangitkan bintang bintang.

253901_2144712421812_1366294382_2528089_4357169_n
240746_1921259202687_1578286902_31853780_3949111_o

 

244234_1921274323065_1578286902_31853843_3383981_o
255837_1921276043108_1578286902_31853849_3983898_o
240709_1921278203162_1578286902_31853857_1393017_o

 

247851_10150266485892107_522972106_9335639_1100815_n
254370_10150266486087107_522972106_9335642_8115032_n

 

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia