Latihan Kader Duat 2010 – 2011

Saudara Mohammad Raswan Othman Mydin pula menyampaikan tajuk ‘Harapan Dakwah di IPT’ dan Saudara Mohd Hasyahril Mohd Hashim menyampaikan tajuk ‘Peranan Pelajar di IPT’.

Sesi bengkel telah adakan untuk menghimpunkan para peserta mengikut IPT yang akan mereka berada membincangkan langkah-langkah yang akan diambil ketika di sana.

presSatu slot khas telah diadakan di mana para Penyelaras Tarbiah SMI IKRAM-MUSLEH, wakil-wakil SMI telah menyampaikan amanat-amanat kepada para peserta bagi menghadapi perjuangan dakwah dan tarbiah di IPT.

Dalam majlis penutup, Pn Hjh Kamaliah Noordin selaku Timbalan Pengerusi JK Pendidikan IKRAM merangkap wakil Pengerusi JK Pendidikan telah menyampaikan amanat beliau kepada para peserta. Beliau memperingatkan betapa pentingnya penerusan program tarbiah kendalian IKRAM dan menghidupkan aktivisme dakwah di kalangan pelajar.

Kemuncak majlis ialah amanat yang disampaikan oleh Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Beliau memperingatkan kepentingan para peserta sebagai duat melaksanakan amanah membawa perubahan dalam masyarakat ke arah penghayatan Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh.

“Mana yang rosak diperbaiki, mana yang kurang disempurnakan. Tegakkan agama dalam diri sendiri insyaAllah akan tertegak agama dalam tanahair kita. Jadilah kita anak-anak soleh. Rahmat Allah swt kita dambakan,” ujarnya

Menurutnya, para peserta perlu cemerlang bukan sahaja dalam dakwah dan tarbiah tetapi juga dalam akademik. Penguasaan ilmu mesti menjadi sasaran. Ia sangat penting dalam perjuangan. Jadilah tokoh-tokoh dalam masyarakat di suatu masa kelak.

“Tarbiah adalah capacity building. Membentuk dan membina kemampuan diri dalam semua aspek. Tingkatkannya secara berterusan. InsyaAllah, kita akan menjadi potential force yang mampu membawa perubahan,” tegasnya.

Tambahnya, pemuda memiliki stamina yang kuat. Ini penting kerana dakwah perlu tenaga yang besar dan berterusan. Mereka perlu mengenal budi – ibubapa dan sekolah. Pesan beliau supaya pemuda menjaga sebaik-baiknya aspek ini dengan penuh istiqamah dan integriti. Beliau yakin, dengan kualiti duat yang ada dengan izin Allah, syariat Islam akan tertegak dalam generasi ini di tanahair yang dicintai.

Selepas selesai penyampaian amanat Presiden, Ustaz Megat Mohamed Amin selaku Pengarah 1 LKD telah menyerahkan secara rasminya butiran peserta LKD kepada Pn Hjh Kamaliah Noordin. Beliau pula telah menyerahkan senarai tersebut secara rasminya kepada Presiden sebagai tanda ikatan tarbiah dengan IKRAM.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia