Wanita IKRAM kutuk dasar diskriminasi Trump

“Walaupun ia termaktub kepada tujuh negara itu sahaja, namun secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar Malaysia dan Muslim dari negara lain yang melancong serta memberi kesan kepada pelarian Syria yang mahu mencari  perlindungan kehidupan di Amerika,” ujar Dr Hafidzah Mustakim, Timbalan Ketua Wanita IKRAM.

Ironinya langkah Presiden Amerika yang bersifat perkauman, anti-imigran dan anti-Muslim ini bertentangan dengan dasar keterbukaan dan anti-diskriminasi yang termaktub dalam perlembagaan negara tersebut.

“Alasan yang diberikan berikutan dasar arahan eksekutif itu adalah untuk mencegah keganasan, sedangkan semua maklum kejadian keganasan selama ini bukan datangnya daripada umat Islam,” tegas Dr Hafidzah.

Beliau berkata, sebaliknya  kebanyakan mangsa keganasan adalah umat Islam.

“Sebagai contoh, kejadian keganasan terhadap masjid dan umat Islam meningkat semenjak ia menjadi presiden dan sentimen keganasan merebak ke Kanada dengan kejadian tembakan di sebuah masjid di Quebec, di mana enam ahli jemaah solat terkorban.”

Menurut Dr Hafidzah lagi, tiada manfaat jika diskriminasi, kekerasan dan kezaliman dilakukan.

“Kerana Allah SWT menciptakan bumi untuk didiami oleh semua bangsa dan dimakmurkan oleh pemimpin yang adil, amanah serta memperjuangkan kebenaran.”

Dalam pada itu, dasar luar Amerika yang menyokong keganasan dan peperangan di Timur Tengah ini, menyumbang kepada bertambahnya pelarian perang seperti dari Syria.

“Justeru, Wanita IKRAM menyeru agar semua pihak, pemimpin negara Malaysia, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan masyarakat berganding bahu menyatakan bantahan terhadap tindakan Amerika yang zalim dan merosakkan keamanan dan keharmonian dunia ini.”

Selain itu, beliau menyarankan agar para ibu bapa dan pendidik memberikan kesedaran kepada anak didik mereka akan kepentingan sifat toleransi, kasih sayang, hormat menghormati antara sesama manusia yang berbilang kaum dan agama sebagai formula pembangunan negara yang harmoni.

Sebelumnya Presiden baru Amerika Syarikat (AS) memutuskan melarang imigran asal tujuh negara Muslim daripada Timur Tengah dan Afrika yang dianggap berbahaya untuk memasuki AS.

Donald Trump pada Rabu 25 Januari 2017 lalu, dilaporkan telah menandatangani beberapa perintah eksekutif soal pelarangan bagi imigran tujuh negara itu.

Tujuh negara Muslim yang dianggap berbahaya antara lain Syria, Iraq, Iran, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.

Foto: The New Yorker

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia