ditemani Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa (JKPA), manakala Aqsa Syarif diwakili Saudara Muhamad Munawer, Pengurus Besar.
Mereka disambut oleh Tamer G El-Mawaziny, Timbalan Ketua Misi di bilik tamu pejabat kedutaan Mesir. Tujuan kunjungan ini dibuat adalah untuk menyampaikan penghargaan dan tahniah atas tindakan pihak berkuasa kerajaan Mesir yang telah membuka pintu Rafah, satu-satunya pintu masuk ke Gaza yang selama ini dikawal ketat, bahkan menyukarkan penduduk Gaza untuk berhubung dengan dunia luar melalui darat.