Konvensyen RISE: IKRAM Muda Lancar SIAP Perkasa Impak Sosial

Konvensyen RISE: IKRAM Muda Lancar SIAP Perkasa Impak Sosial

CYBERJAYA – IKRAM Muda melancarkan Program Pemecut Impak Sosial atau Social Impact Accelerator Programme (SIAP) sebagai platform untuk membantu ahli-ahlinya memulakan dan mengembangkan projek impak sosial mereka.

Program ini menyediakan bimbingan melalui mentor dan modul yang disusun khusus seterusnya menandakan komitmen IKRAM Muda dalam mencipta perubahan sosial yang berkesan dan berpanjangan.

Pelancaran SIAP disempurnakan oleh Naib Ketua 1 IKRAM Muda, Ammar Shahrin ketika Konvensyen RISE yang julung kali diadakan pada Sabtu,1 Jun lalu bertujuan memupuk amal dakwah berteraskan impak sosial dalam kalangan ahli-ahli muda. 

Berlangsung di Kampus Aerodyne di sini, konvensyen anjuran bersama IKRAM Muda Pusat dan IKRAM Muda Selangor ini telah berjaya menarik kehadiran lebih 100 ahli IKRAM Muda dari seluruh Malaysia.

Konvensyen dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua IKRAM Muda Selangor (IMS), Arham Merican yang berkongsi tentang fokus strategik IMS bagi menjadi wadah pemacu projek impak sosial bagi ahli dengan sasaran 100 projek dakwah berteraskan impak sosial menjelang tahun 2026.

Setiausaha IKRAM Muda Pusat, Abdullah Zubayr Mohd Aizaini selaku Setiausaha IKRAM Muda pula dalam ucapan perasmiannya menyatakan penganjuran Konvensyen RISE buat kali pertama ini adalah bukti komitmen IKRAM Muda dalam memberi nafas baru dan memastikan ia menjadi satu wadah yang relevan kepada gerak kerja dakwah anak muda terutamanya dalam IKRAM Muda.

Ucaptama konvensyen disampaikan CEO ARBA Foundation, Ustaz Azlan Shah Nabees Khan yang bertajuk ‘Seerah of Social Impact’ dan diteruskan dengan forum ‘How to Start & Scale Effective & Long-Lasting Social Impact Work’.

Ahli-ahli panel terdiri daripada Maslinda AT (Yayasan Hasanah), Hussaini Khairudin (TIJARI & PERISAI), Roselinee Mohammad Radzi (Suri Rumah Rahmah), Fatiha Shuib (SAPOT) dan Ustaz Azlan Shah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia