Kluster Sivagangga merebak cepat kerana mutasi D614G

“Apa yang pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati Kluster Sivagangga merebak dengan cepat dan kajian makmal juga mengenal pasti ia disebabkan mutasi jenis D614G.”

 

Beliau dimaklumkan dalam laporan luar negara, mutasi spike protein meningkatkan kebolehjangkitan.

 

“Tindakan kesihatan awam perlu dipergiatkan untuk kawalan penularan virus ini.”

 

Sebelumnya, Tan Sri Dr Noor Hisham telah mengumumkan bahawa mutasi itu telah dikesan pada sampel yang diambil daripada beberapa pesakit dalam kluster Sivagangga dan Bukit Tiram.

 

“Saya menggesa semua pihak lebih berwaspada memandangkan mutasi itu menyebabkan virus sepuluh kali lebih mudah menjangkiti individu lain,” tegasnya.

 

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru agar semua kekal mengaplikasikan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam iaitu berdisiplin dalam mengamalkan sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu penjarakan fizikal, pengamalan kebersihan kendiri dan memakai pelitup muka.

 

“Mutasi D614G ini ditemui saintis pada Julai 2020 dan berkemungkinan akan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak merangkumi atau tidak berkesan terhadap mutasi ini.”

 

Mengulas lanjut, jelasnya situasi terkini COVID-19 didapati masih terkawal dan KKM serta agensi lain masih berusaha membendung penularan pandemik itu.

 

Sehingga tengah hari 17 Ogos, terdapat 12 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,212 kes.

 

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 211 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Profesor Ruslan Abramov dari Universiti Ekonomi Plekhanov Rusia berkata Negara Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), BRICS dan negara sahabat yang lain mungkin menjadi penerima asing pertama vaksin Covid-19 Rusia, Sputnik V.

 

Sebelumnya, pada minggu lalu, Rusia telah mendaftarkan vaksin COVID-19 pertama di dunia, yang dibangunkan Institut Gamaleya di Moscow disokong Kementerian Pertahanan dan Dana Pelaburan Langsung (RDIF).

 

“Kami telah menerima permintaan awal untuk 1 bilion dos vaksin daripada lebih 20 negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif RDIF, Kirill Dmitriev.

 

Menurutnya, keutamaan mungkin diberikan kepada negara antaranya CIS, China, India, Brazil, Serbia dan negara Eropah Timur yang lain.

 

Dalam pada itu, statistik Johns Hopkins University melaporkan angka kematian global meningkat lebih 4,000 kes dalam tempoh 24 jam dan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini melepasi 776,000 kes.

 

Manakala lebih 200,000 kes baharu positif COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam di seluruh dunia dan ini menjadikan kes kumulatif global kini mencecah 21,761,813.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia