Kita pendakwah, bukan penghukum

Saya akan naikkan markah yang ‘border line’ tanpa melihat siapa pelajar tersebut dan tanpa mereka memohon untuk dinaikkan markahnya. Seperti contoh, mereka yang mendapat 79, saya akan naikkan ke 80.

 

Jika dari awal saya sudah ditanam dengan semangat Melayu yang menebal iaitu bangsa didahulukan melebihi agama, saya pasti akan menzalimi bangsa lain tanpa disedari.

 

Saya sering menjelaskan perkara ini di dalam kelas, “Jika kamu rasa agak mesra bila bersama bangsamu sendiri, itu adalah tabii atau perkara biasa. Tapi jika ada pelajar Melayu datang, kita bantu dan pelajar Cina datang kita tidak bantu hanya kerana dia bangsa lain, itu salah dan zalim.”

 

“Jika sesama bangsa kita tidak tipu jika bangsa lain kita tipu, itu bukan ajaran Islam. Kalau orang bukan Islam buat kepada kita, kita tidak sepatutnya menjadikan mereka sebagai ikutan kita lantas melakukan perkara yang sama.”

 

“Islam mengajar kita untuk bersikap adil kepada semua orang. Sikap ini tidak mungkin kita dapat laksanakan jika kita sering mengetepikan ajaran Islam lantas menghayati sikap cintakan bangsa membuta tuli.”

 

Perasaan ini akan menjadi sebati jika ia datang daripada hati sanubari seorang Muslim yang ingin mengamalkan apa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Dakwah Rasulullah SAW merentasi semua bangsa kerana Islam itu Rahmatan lil Alamin.

 

Saya teringat brother Shah Kirit (seorang revert berbangsa India) pernah mengadu, “Saya ada ramai kawan yang Melayu tapi mereka tak pernah mengajak saya pada Islam. Islam itu bukankah agama untuk seluruh manusia? Mengapa ia berlegar dalam kalangan orang Melayu sahaja?”

 

Kita benci pada kemungkaran, bukan benci pada orang yang membuat mungkar. Kita kesiankan orang yang membuat mungkar, oleh itu kita teringin sangat hendak menarik dia keluar daripada perbuatan mungkarnya itu.

 

Orang Taif benci pada Rasulullah SAW, lantas mengherdik dan menyuruh penduduk menghalau baginda, namun Rasulullah tidak membenci mereka malah mendoakan mereka.

 

Jika kita benci pada batang tubuh seseorang itu, kita tidak akan teringat untuk mendoakannya, malahan kita akan mencercanya. Jika kita benci pada kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang itu, kita akan terdorong untuk mengajak dia kepada kebaikan, kita doakan dia, kita tunjukkan kesalahannya tanpa kita mengherdik dan menyumpahnya.

 

Agak-agaknya orang yang pada mulanya bermusuh dengan Islam seperti Umar al-Khattab, Khalid bin al-Walid, Abu Sufyan, berminat ke dengan Islam jika Rasulullah SAW selalu mengherdik, menyumpah,mencerca mereka ini?

 

Jika pada pagi, petang, siang dan malam, Rasulullah SAW selalu mencanang, “Mu ni kafir harbi… Mu ni ahli neraka… Mu ni musuh Islam”, agak-agak berminat ke mereka nak peluk Islam? Kita adalah PENDAKWAH, bukan penghukum.

 

Rasulullah SAW bersabda,“Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hamba-Nya yang pengasih.” (HR Bukhari | No. 1284)

 

Perlu diingatkan, mempunyai sifat pengasih ini tidak bererti kita mendiamkan kemungkaran yang dilakukan oleh manusia lain. Jika kita mendiamkannya kerana dia sebangsa dengan kita, kita mendiamkannya kerana dia satu parti dengan kita, kita mendiamkan kerana dia rakan kita, ini bukan daripada ajaran Islam.

 

Islam mengajar kita untuk menegur dengan penuh hikmah. Hikmah tidak sentiasa mesti berlembut, kadangkala kena bertegas tapi bukan berkeras. Tegas, yang salah tetap salah. Tegas, rasuah tetap rasuah. Tegas, yang haram tetap haram.

Dr Hishamuddin Alham
Pesara Pensyarah Kanan UTM Skudai

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia