KIMB Umum Dividen 5% Untuk Tahun Kewangan 2011

Beliau berkata, dividen tersebut dibuat setelah kejayaan KIMB mencatat keuntungan pada tahun 2011 sebanyak RM148,000 berbanding RM9,000 pada tahun 2010.

“Alhamdulillah, KIMB berjaya mencatat keuntungan buat tahun kedua berturut-turut selepas beberapa tahun mencatat kerugian”, ujarnya.


Turut hadir pada mesyuarat agung ini ialah Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), Hj Syed Ibrahim Syed Noh dan En Zulkifli Hassan, wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan.

Mesyuarat yang diadakan di Politeknik METrO Kuala Lumpur ini telah dirasmikan oleh Hj Syed Ibrahim. Beliau dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa visi KIMB untuk menjadi koperasi nasional yang unggul berteraskan syariah bukanlah sesuatu yang mustahil.

“Ahli perlu terus memberi sokongan kepada KIMB. Koperasi ini bukan milik Pengerusi KIMB, bukan milik Ahli Lembaganya, namun koperasi ini adalah koperasi ahli-ahlinya”, tambah beliau yang pernah menganggotai ahli lembaga koperasi dalam beberapa sesi lepas.

Bendahari KIMB sesi lepas, Mohamad Amirul dalam pembentangannya melaporkan antara pendapatan terbesar yang menyumbang kepada peningkatan keuntungan KIMB tahun 2011 ialah pendapatan dari peniagaan takaful dan dan beberapa projek pembekalan.

“Kita mengunjurkan keuntungan RM350,000 untuk tahun 2012” tambah beliau lagi.

MAPT yang dihadiri hampir 40 perwakilan ini juga telah membuat keputusan melantik semula kesemua barisan lembaga sesi 2011/2012 untuk meneruskan kepimpinan koperasi untuk sesi seterusnya.

Turut berlangsung adalah penyerahan sumbangan tabung pendidikan kepada anak ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan Tahfiz tahun lalu. Sumbangan disampaikan oleh En Zulifli Hassan dari SKM Wilayah Persekutuan.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia