KIMB anjur Seminar Kecemerlangan Kutipan Dana Awam

Melalui seminar ini, peserta berpeluang mendengar perkongsian dari penceramah-penceramah yang berpengalaman dalam menjayakan projek kutipan dana awam. Antara penceramah yang dijemput ialah Pn Rosmawati Zainal (Pengarah Raudhatus Sakinah), Hj Muhammad Abdullah@Nicholas Sylvester (Pengerusi Hidayah Centre), En Munawer Ismail (Pengurus Besar Aqsa Syarif), Hj Tuan Yaacob Tuan Sof (Pengarah Projek Rayuan Ramadhan dan Qurban-Aqiqah), Hj Ridzuan Jaafar (Pengerusi Lembaga Sekolah Al-Amin Bangi), Hj Syed Ibrahim Syed Noh (Naib Presiden IKRAM) dan Ir Zairulshahfuddin Zainal Abidin (Country Director, Islamic Relief Malaysia).

Seminar ini dimulakan dengan ucapan pembukaan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi (JKPE), Hj Shaharom Md Shariff yang mengingatkan peserta tentang kepentingan meraih kepercayaan masyarakat sebagai organisasi yang mepunyai sifat amanah dan telus dalam mengendalikan sesuatu projek kutipan dana awam. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi KIMB, Dr Ahmad Zainuddin Abdullah.

Slot pertama seminar ini menampilkan tiga penceramah dari institusi IKRAM iaitu Pn Rosmawati Zainal, Hj Muhammad Abdullah dan En Munawer Ismail. Slot ini dikendalikan oleh Hj Zainal Adnan yang juga merupakan Setiausaha Agung KIMB.

Pn Rosmawati dalam pembentangannya, berkongsi tentang pengalaman Raudhatus Sakinah menjayakan projek “10 Hari Bersama Maher Zain” pada tahun 2010 lepas. Antaranya, Pn Rosmawati berkongsi pengalamannya dalam usaha mendapatkan penajaan dari syarikat-syarikat besar untuk projek ini. Salah satu perkara yang beliau kongsikan ialah perlunya kita untuk menawarkan manfaat bersesuaian dengan jumlah penajaan yang diberikan oleh para penaja ini.

Seminar diteruskan dengan perkongsian dari Aqsa Syarif yang diwakil Pengurus Besarnya, En Munawer Ismail. Dalam pembentangannya, beliau berkongsi beberapa projek utama di bawah Aqsa Syarif Berhad seperti Tabung Anak Yatim Palestin, Tabung Keluarga Miskin Palestin, Projek Ternakan Lembu di Jabalia, dan Projek Kilang Roti di Beit Lahiya. Beberapa negeri dan daerah juga dikenalpasti sebagai negeri dan daerah yang menjadi penyumbang terbesar kepada kutipan Aqsa Syarif iaitu Aqsa Syarif Selangor, Aqsa Syarif Johor, Aqsa Syarif Johor Bahru Tengah dan Bandaraya JB, Aqsa Syarif Subang Jaya, Aqsa Syarif Shah Alam dan Klang, dan Aqsa Syarif Hulu Selangor. Pelbagai kaedah digunakan oleh Aqsa Syarif negeri dan daerah ini. Antaranya ialah Sesi penerangan, Tabung Pasaraya, Kerjasama dengan Jabatan Pelajaran, Majlis Makan Malam dan juga Jualan Nasi Arab Maqlubah.

Hj Muhammad Abdullah@Nicholas Sylvester pula berkongsi penganjuran Makan Malam Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) yang diadakan saban tahun bermula tahun 2005. Beliau berkongsi beberapa faktor penentu kejayaan dan beberapa teknik mencapai sasaran yang ditetapkan. Antara yang dikongsikan adalah beliau mengatakan usaha besar sebegini memerlukan keberanian dan komitmen pasukan untuk mencapai sasaran.Selain itu, beliau juga menekankan kepentingan penggunaan teknologi yang bersesuaian seperti SMS, website, dan emel.

Sebelum berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat zuhur, Hj Abdul Rashid Abu Nawar yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kewangan membentangkan tajuk “Tadbir Urus dan Kawalan”. Hj Rashid dalam pembentangannya telah membuka minda para peserta mengenai kepentingan untuk mempunyai tadbir urus dan mekanisme kawalan yang baik untuk mengurus kutipan dana awam seterusnya meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap organisasi.

Selepas solat zuhur, seminar diteruskan dengan perkongsian dua lagi organisasi yang terlibat lama dalam pengendalian kutipan dana awam iaitu Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Lembaga Sekolah Al-Amin Bangi.

JIM yang diwakili bendaharinya, Hj Tuan Yaacob Tuan Sof berkongsi pengalaman menganjurkan projek Rayuan Ramadhan dan projek Qurban-Aqiqah. Menurut beliau, projek yang telah dikendalikan sejak 13 tahun lepas ini bermotifkan berbuat kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan. Projek ini juga telah membantu menambah dana JIM. Antara perkara yang dikongsikan kepada peserta seminar ialah pembaharuan yang dilakukan dalam projek ini sejak setahun lepas iaitu dengan membina sistem pengurusan projek yang telah membantu dalam melicinkan urusan pentadbiran projek. Sistem ini juga membolehkan penyumbang menerima SMS pengesahan secara automatik sebaik sahaja data mereka dimasukkan ke dalam sistem. Ini telah menambahkan kepercayaan para penyumbang dan menggalakkan penambahan penyertaan dalam projek ini.

Hj Ridzuan Jaafar yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Sekolah Al-Amin Bangi pula berkongsi penganjuran Majlis Amal Sumbangsih Musolla Al-Amin Bangi (MASMA) yang diadakan untuk tujuan pembinaan musolla Al-Amin Bangi. Beliau berkongsi bahawa penganjuran MASMA ini diadakan dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia. Antara pendekatan yang digunakan dalam menjayakan majlis ini ialah dengan mendapatkan sumbangan dari pelbagai bentuk seperti kuih=muih, percetakan, hadiah dan beberapa produk lain. Selain itu, penganjur juga menghasilkan buku cenderamata berbentuk direktori muslim.

Selepas sesi perkongsian dari Hj Tuan Yaacob dan Hj Ridzuan Jaafar, Naib Presiden IKRAM iaitu Hj Syed Ibrahim Syed Noh berkongsi dengan peserta mengenai Donor Relationship Management. Dalam perkongsiannya, beliau berkongsi beberapa strategi untuk meningkatkan kesetiaan dermawan, mengukuhkan komitmen dermawan dan seterusnya meningkatkan kutipan dana. Pelbagai strategi menarik yang dikongsikan oleh Hj Syed Ibrahim antaranya ialah kepentingan untuk kita mengenali para dermawan dan bakal dermawan serta meningkatkan hubungan bermakna dengan para dermawan. Di hujung pembentangannya, beliau menyatakan bahawa kutipan dana bukanlah seni meminta tetapi seni berkomunikasi.

Perkongsian terakhir sebelum sesi diskusi ialah daripada Ir Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Country Director Islamic Relief Malaysia yang membentangkan tajuk “Kerangka Strategik Kutipan Dana Luar : Satu Penilaian Semula”. Dalam pembentangannya, Ir Zairul menekankan dalam strategi kutipan dana, kita bukanlah hanya menjana dana tetapi menambah rakan-rakan kepada organisasi kita. Beliau juga berkongsi beberapa pendekatan yang digunakan Islamic Relief Malaysia dalam meningkatkan kepercayaan para dermawan untuk menyumbang melalui organisasi mereka.

Selepas selesai pembentangan terakhir dari Ir Zairul, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk membincangkan dapatan dari seminar ini dalam rangka untuk menambahbaik usaha-usaha penjanaan dana melalui kutipan dana awam. Antara usul yang dicadangkan oleh peserta seminar ialah mengadakan standard operating procedure kutipan dana awam dan menyediakan latihan bagi mereka yang mahu menjalankan usaha-usaha kutipan dana awam.

Seminar yang tamat kira-kira jam 5 petang ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Bendahari Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kewangan IKRAM, Prof Dr Alauddin Mohd Ali. Beliau juga sebelum itu telah merasmikan pra-pelancaran projek Rayuan Ramadhan yang dianjurkan secara bersama oleh Pertubuhan Ikram Malaysia, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia dan Koperasi Islah Malaysia Berhad.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia