Kewajipan Muslim selepas Ramadan

Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Allah SWT dan iringilah kepergian Ramadan ini dengan terus melakukan amalan kebaikan. Antara termasuk tanda diterimanya amalan kebaikan (pada bulan Ramadan) adalah dimudahkannya seseorang itu beramal setelah berlalunya Ramadan.

 

Tidaklah Ramadan ini melainkan sebagai semangat untuk melakukan pelbagai kebaikan serta merupakan awal daripada sebuah taubat dan batu loncatan untuk beramal soleh setelahnya, kerana akhir daripada sebuah amalan adalah dengan berakhirnya usia, bukan dengan berakhirnya Ramadan.

 

Dan antara tanda diterimanya taubat dan diterimanya amalan pada bulan Ramadan adalah dengan menjadi bertambah baiknya seseorang itu dalam melakukan ketaatan, jauh lebih baik daripada sebelum hadirnya Ramadan.

 

Dan antara tanda tertolaknya amalan serta bentuk kerendahan adalah sesorang setelah keluar daripada bulan Ramadan, jauh lebih buruk amalannya daripada sebelum Ramadan.

 

Maka perhatikanlah dirimu, semoga Allah merahmatimu. Perhatikan dirimu setelah berlalunya bulan Ramadan.

 

Dan ketahuilah bahawa pintu taubat selalu terbuka baik pada bulan Ramadan atau pun setelahnya.

 

Barang siapa yang terhalang daripadanya untuk bertaubat pada bulan Ramadan, maka jangan ia berputus asa daripada rahmat Allah. Bahkan selayaknya ia bersegera untuk bertaubat pada setiap waktu, walaupun bukan pada bulan Ramadan.

 

Kerana Allah SWT menerima taubat hamba-Nya yang bertaubat. Dan Allah mengampuni dosa-dosa bagi sesiapa saja yang mahu kembali kepada-Nya, sebagaimana Allah SWT berfirman:

 

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada Rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Surah az-Zumar: Ayat 53]

 

وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لا تُنْصَرُونَ

“Dan kembalilah kamu kepada Rabbmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong.” [Surah Az Zumar : Ayat 54]

 

وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ بَغْتَةً وَأَنْتُمْ لا تَشْعُرُونَ

“Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (Al Quran) daripada Rabbmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedari.” [Surah az Zumar: Ayat 55]

 

Oleh yang demikian, jagalah amalan-amalan soleh yang telah kamu lakukan pada bulan Ramadan.

● Jangan dirosak dengan kembali melakukan berbagai-bagai kemaksiatan, sehingga dengannya kamu telah merosakkan apa yang telah kamu bangunkan (selama Ramadan).

● Dan dengannya kamu membatalkan apa yang telah kamu persembahkan untuk Allah SWT pada bulan Ramadan.

● Disebabkan keburukan itu, apabila banyak dilakukan akan menghancurkan seseorang dan meringankan timbangan kebaikannya.

 

وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ

“Dan barangsiapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri.” [Surah al-A’raf: Ayat 9]

 

Asy-Syeikh Soleh Fauzan bin Abdillah al-Fauzan hafizhahullah

Terjemahan daripada: http://www.alfawzan.af.org.sa

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia