Ketirisan: Siasat Rasuah Hingga Ke Lubang Cacing – Presiden IKRAM

Ketirisan: Siasat Rasuah Hingga Ke Lubang Cacing - Presiden IKRAM

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa wujud ketirisan berjumlah RM3 bilion wang negara berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2020 dan 2021.

Ketirisan tersebut merangkumi kehilangan wang, pembaziran dan pembayaran tidak teratur serta ketirisan pelaksanaan subsidi diesel dengan anggaran hampir RM10 bilion diselewengkan pada 2022.

Dato’ Seri Anwar turut mendedahkan, jumlah wang berbilion dolar yang dibawa keluar dari Malaysia untuk disembunyikan di akaun luar pesisir, adalah antara yang tertinggi di dunia.

Pendedahan tersebut berdasarkan laporan Integriti Kewangan Global (GFI) pada 2010, Panama Papers (2016) dan Pandora Papers (2017) mengenai akaun luar pesisir milik rakyat Malaysia di beberapa negara.

Beliau percaya sejumlah besar wang yang disimpan di akaun luar pesisir itu adalah hasil daripada aktiviti haram dan jumlahnya agak tinggi berbanding jumlah penduduk dan kedudukan ekonomi.

Pendedahan demi pendedahan berkaitan ketirisan wang rakyat daripada Laporan Ketua Audit Negara dan juga pendedahan Perdana Menteri perlu diambil serius oleh pemimpin politik dan penjawat awam khususnya, dan rakyat umumnya.

Laporan demi laporan oleh Ketua Audit Negara setiap tahun tidak boleh dibiarkan terus ‘berhabuk’ dalam simpanan arkib tanpa tindakan yang tegas terhadap sebarang ketirisan yang berlaku dalam perbelanjaan kerajaan.

Siasatan mesti dilakukan terhadap mana-mana penjawat awam yang terlibat jika terdapat bukti penyelewengan yang dilakukan dan jika terbukti bersalah, tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka.

Pada bulan lalu, seorang pemimpin politik juga dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan meminta dan menerima rasuah sebanyak RM6.9 juta ke dalam akaun syarikatnya dan kesnya sedang dibicarakan.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas seorang mantan ahli politik berkaitan penyimpanan harta di luar negara berjumlah ratusan bilion ringgit seperti didedahkan Pandora Papers.

Pendedahan seperti ini sememangnya perlu disiasat supaya dapat diketahui dari mana diperolehi harta tersebut dan jika terbukti ada penyelewengan, wang yang disimpan itu dapat dikembalikan kepada negara untuk tujuan pembangunan dan hal ehwal kebajikan rakyat.

Di samping itu, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 perlu dilaksanakan secara keseluruhan agar impaknya lebih signifikan dengan berkurangnya kes rasuah dan penyelewengan dengan ketara di negara ini.

Bagi memastikan agar perolehan kerajaan menjadi telus dan tiada peluang rasuah berlaku, satu perundangan berkaitan perolehan awam seperti Akta Perolehan Kerajaan (Government Procurement Act – GPA) perlu diperkenalkan, seperti yang terkandung dalam inisiatif NACP tersebut.

Penggubalan akta ini penting dalam mengawal selia aktiviti perolehan, menambah baik penggunaan sumber secara cekap, menjaga kepentingan negara dan melindungi hak-hak pihak yang terikat dengan kontrak.

Baru-baru ini, pihak Menteri Kewangan Diperbadankan bersama 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menandatangani perjanjian berhubung penyelesaian pertikaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.

Dalam perjanjian ini, IPIC dan Aabar PJS telah bersetuju untuk membayar USD1.8 bilion (RM8 bilion) kepada Menteri Kewangan Diperbadankan dan 1MDB. Ini adalah satu usaha yang baik bagi mengembalikan wang negara untuk manfaat rakyat.

Jika kempen memerangi rasuah dan penyelewengan berskala besar dilakukan dengan agresif dan semua ketirisan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara disiasat dan diambil tindakan, sudah pasti lebih banyak wang negara dapat diselamatkan.

Hakikatnya rasuah, korupsi dan penyelewengan kewangan sudah menjadi barah yang terlalu parah di negara ini. Jika jenayah ini tidak diperangi dengan serius, lama-kelamaan ia boleh menghancurkan negara.

Usaha ini juga memerlukan advokasi dan pendidikan masyarakat untuk melihat jijiknya jenayah rasuah dan memupuk budaya integriti seperti yang sedang dilakukan Rasuah Busters, sebuah gerakan reformasi nilai untuk merubah masyarakat dan negara ke arah lebih baik.

Tuntutan Rasuah Busters agar kerajaan segera melaksanakan reformasi perundangan, institusi dan moral dilakukan sewajarnya disokong oleh semua pihak bagi memastikan negara ini dapat dipacu ke arah kemakmuran dan kesejahteraan.

Haji Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia