Bajet 2015: Kurangkan Hutang, Kawal Ketirisan, Hindarkan Riba

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengambil perhatian Bajet 2015 yang dibentangkan pada 10 Oktober 2015 mengandungi beberapa perkara yang positif untuk rakyat termasuk:

  • Tiada cukai pendapatan untuk keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM4,000
  • Pengecualian cukai GST ke atas barangan dan perkhidmatan asasi
  • Penambahan kepada jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
  • Bonus separuh bulan kepada penjawat awam
  • Skim khairat kematian RM1,000 bagi ahli keluarga
  • Beberapa skim bantuan pemilikan perumahan termasuk Skim Perumahan Belia

Namun, IKRAM berasa kesal kerana bajet kerajaan dijangka dalam keadaan defisit lagi bagi kali ke-17 berturut-turut semenjak tahun 1997. Hal ini juga bermakna, hutang terkumpul kerajaan meningkat lagi menghampiri angka RM800 bilion.

IKRAM ingin memperingatkan kerajaan bahawa amalan pembiayaan secara berhutang ini akan menyumbang kepada masalah inflasi dan mendorong pertambahan kos kehidupan. Oleh itu, ia akan memberikan kesan yang negatif kepada kehidupan rakyat dalam jangka masa panjang.

Tambahan pula, IKRAM prihatin bahawa hampir keseluruhan hutang tersebut adalah dalam bentuk yang tidak menepati syariah.

Hutang kerajaan yang sentiasa meningkat ini juga akan menyebabkan kerajaan terpaksa meningkatkan kutipan cukai dalam pelbagai bentuk daripada rakyat termasuk melalui GST dan lain-lain.

Oleh yang demikian, IKRAM menyeru supaya kerajaan:

1.    mempertingkatkan usaha untuk menangani masalah perbelanjaan kerajaan yang sentiasa meningkat, yang melebihi pendapatan kerajaan dan mengakibatkan kewangan kerajaan mengalami defisit selama 17 tahun berturut-turut.

2.    menangani masalah ketirisan dan pembaziran dalam perbelanjaannya.

3.    menyedari bahawa faktor utama kepada peningkatan kos kehidupan adalah sebenarnya sistem riba yang diamalkan di negara ini. Sistem riba ini yang menciptakan wang apabila individu, syarikat dan kerajaan meminjam dana dari sumber perbankan akan mengakibatkan kos kehidupan sentiasa meningkat. Dalam keadaan itu, walaupun pendapatan meningkat, namun beban hutang juga akan meningkat dan ia akan membuat kehidupan rakyat bertambah tersepit.

IKRAM  dengan ini mencadangkan agar kerajaan mencari jalan penyelesaian jangka panjang kepada masalah rakyat melalui penanaman nilai-nilai Islam dalam kalangan pemimpin dan rakyat supaya masalah ketirisan, pembaziran dan kebocoran perbelanjaan dapat diatasi serta sistem kewangan yang berlandaskan amalan riba dapat dihapuskan dan digantikan dengan sistem ekonomi dan kewangan Islam.

 

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia