Kestabilan Politik dan Kesan Kesihatan Mental Rakyat

Kestabilan Politik dan Kesan Kesihatan Mental Rakyat | IKRAM

Masalah kesihatan mental berkait rapat dengan isu deprivasi, kemiskinan dan ketidaksamaan yang merupakan penentu kesihatan sosial. Oleh itu, krisis ekonomi dan politik adalah tempoh yang berisiko tinggi kepada kesejahteraan mental sejagat.

Krisis ekonomi yang bermula pada tahun 2008 masih terus menimbulkan cabaran besar di banyak negara membangun, malah di negara maju juga.

Dari sudut sosioekonomi, kedua-dua sistem ekonomi dan sistem politik adalah faktor penentu kesihatan mental. Hakikatnya, bukan semua anggota masyarakat merasai krisis ini dan terjejas olehnya.

Kemerosotan ekonomi boleh menyebabkan gangguan kognitif dan afektif akibat gabungan banyak faktor seperti pengangguran, pengurangan saiz perkhidmatan perubatan dan sosial, serta pengurangan perbelanjaan awam.

Apabila digabungkan dengan ketidakpastian pekerjaan dan masa hadapan, kesemua ini secara amnya berisiko menyebabkan gangguan dan kecelaruan mental yang serius.

Golongan Terkesan

Tumpuan khusus perlu diberikan kepada golongan yang terpinggir, individu yang berhadapan dengan stigma isu kesihatan mental dan individu yang telah didiagnosis.

Golongan yang bergelut dengan masalah kewangan yang berat lebih mudah terdedah kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan, penyalahgunaan dadah dan alkohol, serta kecenderungan membunuh diri. 

Semakin tinggi hutang yang ditanggung seseorang, semakin tinggi kebarangkalian mereka ditimpa gangguan mental.

Menurut satu kajian, selepas peningkatan kadar pengangguran, berlakunya peningkatan kadar bunuh diri di negara-negara Kesatuan Eropah dan Amerika Utara[1].

Pemimpin perlu berperanan menghadapi isu ini dengan program perlindungan sosial yang dirancang secara strategik untuk golongan yang berisiko.

Walaupun pergolakan politik mungkin tidak melibatkan kemusnahan berskala besar seperti peperangan atau pembunuhan beramai-ramai, pendedahan berterusan kepada ketidakstabilan yang kurang ekstrem mempunyai kesan buruk, khususnya kepada belia.

Pergolakan politik domestik di banyak negara baru-baru ini menyerlahkan sisi buruk ini, iaitu suasana kacau-bilau yang dihadapi oleh ramai belia.

Satu fasa penting dalam perjalanan hidup mereka yang mana keputusan kritikal tentang pelaburan dan perancangan masa depan perlu dibuat telah terjejas.

Pendedahan kepada tekanan dan konflik politik bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan mental individu, tetapi juga orientasi umum masa depan belia.

Kesannya, minat para belia kepada turutan persekolahan dan pendidikan tinggi ke arah pekerjaan yang memerlukan kelulusan tinggi semakin menurun.

Mereka juga cenderung mengamalkan tingkah laku berisiko yang menjejaskan trajektori pembangunan jangka panjang kehidupan mereka.

Cukuplah berita baru-baru ini yang menunjukkan lebih 70 peratus lepasan SPM tidak ingin melanjutkan pelajaran [2] menjadi bukti bahawa kesan-kesan yang disebutkan di atas sedang berlaku.

Kesan Politik 

Satu kajian [3] di Amerika Syarikat ke atas 800 orang rakyat biasa mendapati bahawa lebih 25 peratus berasa tertekan apabila calon politik mereka kalah dalam pilihan raya, manakala satu perlima telah kehilangan waktu tidur kerana politik.

Selain itu, 20 peratus responden melaporkan telah mengalami keletihan kerana berita politik, dan 29 peratus melaporkan yang mereka telah kehilangan kesabaran berkaitan politik.

Bahkan dalam kajian itu, satu perempat daripada responden berkata mereka merasai kebencian terhadap mereka yang mempunyai pandangan politik yang bertentangan dan lebih daripada 20 peratus mempunyai perselisihan faham politik yang telah merosakkan persahabatan mereka.

Tambahan pula, kira-kira satu pertiga responden melaporkan yang pergolakan politik telah mencetuskan tingkah laku kompulsif pada diri mereka. Mereka mendapati kesukaran untuk berhenti mengikuti berita politik atau berhenti memikirkan tentang politik. 

Kevin Smith, pengkaji daripada Fakulti Sains Politik Universiti Nebraska-Lincoln menyebut tentang fenomena ini, “Politik ialah sejenis tekanan kronik. Ia sesuatu yang dilihat dan difikirkan orang ramai secara konsisten hingga dapat menjejaskan kesihatan sosial, emosi dan juga fizikal mereka untuk jangka masa yang panjang”[4].

Pendekatan Holistik 

Pendekatan holistik terhadap cabaran kesihatan mental dalam krisis ekonomi dan politik semasa memerlukan penglibatan merentasi pelbagai sektor.

Di samping langkah-langkah kebajikan sosial yang meluas yang melangkaui isu kesihatan mental sahaja, penyediaan perkhidmatan kesihatan mental dalam rawatan asas, program pasaran buruh aktif, program sokongan keluarga dan keibubapaan, program kawalan alkohol, serta promosi modal inisiatif sosial perlu menjadi batu asas kepada kesejahteraan kesihatan mental.

Dasar yang berjaya dan mendapat kepercayaan golongan belia diiringi kesedaran akan kesan politik dapat mencegah masalah kesihatan mental dalam masyarakat awam.

Melabur dalam sistem sokongan kesihatan mental bukan hanya akan memberi manfaat pada masa ledakan ekonomi dan kestabilan politik, tetapi juga pada era kemelut.

Kita sebagai rakyat Malaysia dahagakan kestabilan ekonomi yang berkait rapat dengan kestabilan politik. Profesor Dr Ali al-Qaradaghi menyebut, “Umat yang berjaya memerlukan pemerintahan yang prihatin dan bijaksana, melaksanakan tanggungjawab, dan sentiasa mendapat sokongan rakyat.”

Islam mengajar kita agar bersungguh-sungguh dalam mengkritik sesuatu serta merujuk semula idea-idea dan pengalaman. Sebab itu, masyhur sebuah kata-kata hikmah warisan yang menyatakan, “Kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada kekal dalam kebatilan.”

‘Asim Mohd Hatta adalah aktivis SAYA di bawah kelolaan IKRAM Muda Malaysia. SAYA merupakan satu inisiatif untuk memberi kesedaran isu kesihatan mental kepada masyarakat.

FB : https://www.facebook.com/SAYA.IKRAMMuda

Rujukan:

  • Smith KB, Hibbing MV, Hibbing JR (2019) Friends, relatives, sanity, and health: The costs of politics. PLoS ONE 14(9): e0221870. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0221870
  • Smith KB (2022) Politics is making us sick: The negative impact of political engagement on public health during the Trump administration. PLoS ONE 17(1): e0262022. https://doi.org/ 10.1371/journal.pone.0262022

Tarikh : 23 September 2022
Telefon : 0137971005
E-mel : theqaleel@gmail.com

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia