Kesederhanaan dan pendekatan damai Ikhwanul Muslimin

1) Kami daripada Pertubuhan Islam yang tersenarai di bawah, ingin melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Majlis Tertinggi Ulama Arab Saudi – Haiat Kibar al-Ulama al-Suudiyah yang mengisytiharkan Jamaah Ikhwanul Muslimin – Muslim Brotherhood sebagai pengganas dan sesat daripada ajaran Islam sebenar.

 

2) Gerakan Ikhwanul Muslimin adalah sebuah pertubuhan yang mempelopori gelombang kesedaran Islam sejagat termasuk membawa pemikiran bebas merdeka tatkala dunia Islam masih dicengkam penjajahan dunia barat pada awal abad ke-20 yang lalu.

 

3) Walaupun berdepan dengan pelbagai halangan dan para aktivisnya menjadi mangsa penindasan dalam sejarah Ikhwanul Muslimin, komitmen pertubuhan ini sentiasa berpegang dengan prinsip kedaulatan undang-undang dan demokrasi yang merupakan manifestasi penting kepada hak asasi manusia.

 

Dunia sendiri menyaksikan usaha dilihat khususnya di Mesir apabila mereka sentiasa mendukung proses demokrasi seperti pilihan raya untuk mengisi ruang yang ditinggalkan rejim Hosni Mubarak yang tunduk dengan gelombang kebangkitan rakyat Mesir.

 

4) Selepas kerajaan pilihan rakyat Mesir digulingkan menerusi rampasan kuasa yang diketuai Jeneral As-Sisi, ramai pemimpin dan aktivis Ikhwanul Muslimin telah menjadi mangsa kezaliman dan penindasan politik ganas rejim As-Sisi termasuk Presiden Mesir yang dipilih menerusi lunas demokrasi yang luhur, Mohammad Morsi.

 

Ribuan ditahan tanpa bicara dan tidak diberikan hak pembelaan dan keperluan asasi. Namun, Ikhwanul Muslimin tetap dengan pendekatan aman dan tanpa keganasan.

 

5) Kami sentiasa terbuka dengan kepelbagaian fikrah (pemikiran) dan perbezaan pandangan yang merupakan wacana penting dalam perkembangan intelektual Islam. Namun, kepelbagaian pendapat ini perlu berpandukan adab ikhtilaf yang meletakkan fakta, kejujuran dan kebenaran sebagai asas rujukan utama. Ia tidak harus membawa kepada tindakan secara membuta tuli tanpa pertimbangan adil dan rasional.

 

6) Umat Islam pada masa kini membuktikan bahawa kesederhanaan yang menjadi asas penting dalam ajaran Islam, mampu menempatkan mereka untuk berperanan penting mencorak peradaban manusia untuk masa hadapan.

 

Penyataan Majlis Tertinggi Ulama Arab Saudi dilihat menjadi alat kepada kepentingan politik murahan pihak tertentu dan bakal mencemarkan kesucian Islam, lebih-lebih lagi kenyataan mereka ini menyalahgunakan institusi masjid dan mimbar Jumaat yang suci di seluruh negara tersebut.

 

Mimbar Jumaat telah digunakan untuk memfitnah, melabel dan menghukum pihak lain tanpa hujah syarak yang jelas dan dilakukan secara sepihak sedangkan Rasulullah SAW sendiri melarang mengiklankan kehilangan barang di dalam masjid, apatah lagi untuk menimbulkan fitnah dan bercakap tentang tohmahan tanpa bukti kepada pihak lain.

 

Kita juga maklum bahawa Mufti Arab Saudi terdahulu, Syeikh Ben Baz telah mengeluarkan fatwa (No. 6250) yang menganggap Jamaah Ikhwanul Muslimin tergolong daripada kalangan jamaah Islam yang tidak bercanggah dengan Sunnah dan wajar berkerjasama dengan mereka serta banyak sumbangannnya membimbing masyarakat dan menyeru kepada kesederhanaan Islam. Pandangan yang sama diberikan oleh Syeikh Abdullah Ben Jibrien, Ahi Majlis Tertinggi Ulama Arab Saudi dalam fatwanya (No. 2975).

 

7) Tindakan Majlis Tertinggi Ulama Arab Saudi ini hanya akan mengheret umat Islam ke kancah perpecahan dan menyemarakkan gejala ekstremisme yang ditolak sama sekali dalam ajaran Islam, malah menerima pujian daripada rejim Zionis Israel yang sudah terkenal menindas umat Islam Palestin.

 

Jawatankuasa Pilihan Hal Ehwal Luar Negeri Dewan Rakyat (House Of Commons Foreign Affairs Committee) United Kingdom (UK) dalam Laporan ‘Political Islam and the Muslim Brotherhood Review’ pada November 2016 telah mendapati bahawa Ikhwanul Muslimin UK tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti keganasan.

 

Laporan ini menyimpulkan Ikhwanul Muslimin bahkan menjadi benteng (firewall) kepada ideologi terorisme serta menerima kritikan dan serangan daripada kumpulan pelampau seperti Daesh.

 

8) Kami menyeru institusi ulama agar tegas berpegang dengan kebenaran dan menerangkan hakikat kebenaran kepada ummah tanpa perlu menjadi alat kepada kepentingan politik pihak tertentu. Ini akan menjadikan institusi ini dihormati dan menjadi rujukan ummah dalam pelbagai masalah yang membelenggu mereka.

 

Kegawatan ini timbul di kala sebahagian negara Arab memulakan langkah normalisasi dengan negara haram Israel dan Jamaah Ikhwanul Muslimin merupakan kumpulan yang terkedepan menentang dan menerangkan bahaya besar kepada ummah hasil tindakan bernormalisasi ini.

 

Begitu juga merekalah yang menerajui dalam pelbagai isu membela kedaulatan ummah seperti penghinaan kepada Rasulullah SAW dan kekejaman ke atas ummah di serata pelusuk dunia.

 

9) Suatu yang menghairankan kenyataan Majlis Tertinggi Ulama Arab Saudi ini ditentang oleh majoriti ulama Islam seluruh dunia dan hanya mendapat pujian dan sokongan rejim Yahudi yang menjajah bumi Palestin tercinta.

Sebanyak 18 kesatuan ulama seluruh dunia bersatu mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan ini, bahkan meminta kenyataan mereka ini dikaji semula kebenaran dan kewajarannya. Laras bahasa kenyataan juga tidak seperti laras bahasa fatwa agama yang dipenuhi dengan dalil, fakta dan ‘tabayyun‘ realiti yang berlaku.

 

10) Akhirnya, kami menyeru seluruh ummah menjadikan ilmu yang benar dan kajian berfakta sebagai landasan untuk menentukan sesuatu keputusan. Ikhwanul Muslimin adalah sebuah jemaah Islamiah yang sangat sederhana.

Adapun tindakan kumpulan ekstrem yang kemudian menyandarkan fahaman ekstremnya kepada Ikhwanul Muslimin tidaklah sekali-kali mengubah dasar-dasar Ikhwan yang dibawa oleh Imam asy-Syahid Hassan al-Banna. Hubungan sesama Islam dan seluruh bani insan haruslah dipasakkan atas dasar kasih sayang, saling menghormati, bermuafakat dan Rahmatan Lil Alamin.

 

Kenyataan ini dikeluarkan bersama oleh :

1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN)
4. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
5. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
6. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
7. Pertubuhan Iqra’ Malaysia (PIM)
8. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
9. Research and Information Centre On Islam (RICOI)
10. Interactive Musliman Association (IMAN)
11. Islamic Propogation Society International (IPSI)
12. Persatuan Al-Hunafa
13. Islamic Information & Services (IIS) Foundation
14. Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim seMalaysia (PKDMMS)
15. Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDMK)
16. Pertubuhan Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN)
17. Sabah Islamic Future Network (SIFN)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia