SERI KEMBANGAN – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes harian Covid-19 pada Isnin menunjukkan penurunan 22,030 kes berbanding Ahad 22,535 kes.
“Penurunan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 berjumlah 3,845,601,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, daripada jumlah tersebut 634 kes atau 41.7 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 887 kes atau 58.3 peratus dari kategori satu dan dua.
“Kes tempatan yang direkodkan sebanyak 21,636 kes dengan 20,894 adalah daripada warganegara manakala 742 bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Manakala 394 kes import pula dikesan dengan 369 daripadanya warganegara dan 25 lagi bukan warganegara.
“Kes sembuh pula sebanyak 33,872 sekali gus menjadikan kes kumulatif kepada 3,502,760.”
Menurutnya, sebanyak dua kluster baharu dikesan menjadikan jumlah kumulatif kluster kepada 6,883 kluster dengan 377 daripadanya adalah kluster aktif.
“Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 negara ialah 0.96 dan sebanyak 388 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 169 kes disahkan Covid-19 dan 219 kes disyaki kemungkinan dan kes dalam siasatan.”
Menurutnya, sebanyak 215 kes memerlukan bantuan pernafasan.