Kerjasama IKRAM, IRM semarakkan Ramadhan dengan kebajikan

Seawal 7 Julai, agihan pertama sebanyak 85 pek sumbangan Ramadhan IKRAM Daerah Batu telah diadakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Beringin dengan kerjasama IRM, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menaja pek-pek sumbangan ini (gambar bawah 1). IKRAM Daerah Batu diwakili oleh Saudara Wan Mohd Zukri Che Mat Zin (mewakili YDP). Pek sumbangan Ramadhan turut diagihkan di sembilan tempat yang kebanyakannya melibatkan rumah PPR.


Pada 14 Julai lalu, IKRAM Daerah Ampang Jaya telah berjaya menyalurkan 35 kotak sumbangan Ramadhan kepada ibu-ibu tunggal di Rumah Pangsa Taman Keramat AU2. Sumbangan disampaikan oleh YB Saari Sungib, ADUN Hulu Klang (gambar atas 2). Pek sumbangan turut diagihkan di Taman Melawati, Rumah Pangsa Ukay Bistari, Kg Kemensah dan Bukit Indah.

Pada hari yang sama, rombongan Unit IKRAM Kota Tinggi yang diwakili Saudara Ahmad Daniel telah menyalurkan kotak sumbangan IRM dan wang tunai kepada lima keluarga di Felda Pasak dan lima keluarga di Teluk Ramunia, Kota Tinggi (gambar atas 3).

Pada 17 Julai, IKRAM Daerah Barat Daya dengan kerjasama IRM selama satu hari berjaya menyampaikan bantuan kepada golongan fakir miskin yang memerlukan. Pek sumbangan yang berisi sumbangan barang keperluan harian bernilai RM 50 setiap satu disampaikan.


Turut hadir Pengarah Negara IRM, Ir Hj Zairulshahfudin Zainal Abidin, YDP IKRAM Barat Daya, Hj Abdul Latif Muhammad dan Penyelaras Khidmat ADUN Pulau Betong, Hj Muhammad Tuah Ismail serta kira kira 10 orang peserta konvoi kebajikan mewakili pelajar pelajar dan golongan kerja menyampaikan bantuan di kawasan Sungai Burung, Flat Hijau, Genting dan Kampung Pulau Betong.

Pada 18 Julai, IKRAM Daerah Bandaraya Johor Bahru menyampaikan bantuan di Kg Sungai Tiram di Ulu Tiram, Johor (gambar bawah 1).

Pada hari yang sama IKRAM Daerah Setiawangsa dengan kerjasama IRM, Persatuan Penduduk PPR Jelatik, JK Surau PPR Jelatik dan JK Rukun Tetangga PPR Jelatik telah mengadakan majlis sumbangan kepada fakir miskin di PPR Jelatik (gambar bawah 2). Seramai 20 fakir miskin yang terdiri daripada ibu tunggal, golongan kurang upaya dan keluarga miskin telah menerima pek sumbangan IRM tersebut. Turut hadir merasmikan majlis ialah Dr Zainal Fitri Zakaria, YDP IKRAM Setiawangsa. Pek sumbangan juga diagihkan di enam lokasi di kawasan Setiawangsa.


Pada 19 Julai, Majlis Sumbangan Ramadhan dan Pelancaran Program Daya Ekonomi Wanita (DEW) DUN Batu Tiga telah diadakan di Pusat Komuniti Masyarakat  Syeksen 24 dengan kerjasama Pejabat DUN Batu Tiga, IKRAM Shah Alam dan IRM (gambar atas 3).

Seramai  100 orang ibu-ibu tunggal diraikan dan diberi sumbangan oleh ADUN Batu Tiga yang juga Exco Selangor, YB Rodziah Ismail. Turut hadir Timbalan YDP IKRAM Shah Alam, Morhalim Osman dan Puan Hajjah Marihah Suhaimi mewakili IRM.

Sumbangan dan bantuan turut diadakan di seluruh Malaysia sempena Ramadhan bagi membantu fakir miskin yang memerlukan. Semoga kerjasama IKRAM-IRM ini membuahkan ganjaran berganda di sisi Allah dan beroleh ketaqwaan yang didambakan, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia