Keputusan luar dugaan iringi persaraan

Biarpun pencapaian peperiksaan percubaan pelajar-pelajarnya pada tahun ini agak sederhana, namun hasil usaha bersungguh-sungguh para guru, ibu bapa dan diiringi kesedaran pelajar sendiri, keputusan PMR sebenar yang diumumkan semalam melonjak dengan begitu ketara sekali.

“Memang cara belajar pelajar tingkatan tiga tahun ini sangat santai. Ia mungkin disebabkan dua faktor, pertama disebabkan PMR ini adalah yang terakhir, kedua disebabkan ramai antara pelajar itu sendiri tidak yakin dengan penguasaan subjek Bahasa Arab mereka,” jelas Muallimah Rohida (kanan).

Menyedari kelemahan ini, katanya, pihak sekolah mengambil inisiatif dengan meniupkan semangat dan motivasi secara berterusan. Kelas tambahan pada hujung minggu yang digerakkan oleh kelab kelas sejak bulan Jun memberi penekanan khas kepada subjek Bahasa Arab.

“Alhamdulillah, dengan kesungguhan semua pihak, khususnya para guru yang all out, akhirnya keputusan Bahasa Arab melonjak. Kalau pada tahun lepas, sembilan orang gagal mata pelajaran ini, pada tahun ini hanya empat orang sahaja yang gagal,” katanya yang telah menyandang jawatan Pengetua selama empat tahun dan mengajar di sekolah ini selama 11 tahun.

Bagi Guru Penolong Kanan (Akademik) sekolah berkenaan, Muallimah Marhamah Yusof (kiri), PMR 2013 berjaya mencapai sasaran Gred Purata Sekolah (GPS) apabila menyamai pencapaian GPS tahun lepas iaitu 1.5.

“Daripada 87 orang calon, 15 orang mendapat 9A, 16 orang mendapat 8A dan 9 orang mendapat 7A. Seramai 15 calon yang memperoleh “D” dalam Bahasa Arab pula masih berpeluang ke tingkatan empat secara bersyarat,” katanya.

Di sekolah ini, lulus mata pelajaran Bahasa Arab merupakan syarat wajib untuk calon meneruskan pengajian ke tingkatan empat. Bagaimanapun, disebabkan masalah tempat, jumlah pelajar tingkatan empat tahun hadapan dihadkan kepada 70 orang.

“Kami yakin jumlah ini (35 orang dalam satu kelas) akan dapat dicapai tahun hadapan. Lagipun, selain empat pelajar yang gagal Bahasa Arab, ada lagi sejumlah pelajar yang memang mahu keluar kerana melanjutkan pelajaran ke sekolah lain. Jadi, jumlah keseluruhannya akan berkurangan,” beliau menerangkan.

Menurut beliau lagi, sambutan kelab kelas sangat baik dengan purata kehadiran ke kelas tambahan mencecah 80 peratus. Tenaga pengajar yang dijemput melibatkan guru-guru pakar dari luar yang berpengalaman dan mahir dengan teknik-teknik menjawab soalan PMR.

Inisiatif ini menampakkan peningkatan ketara pencapaian PMR 2013 jika dibandingkan dengan PMR percubaan. Jika dalam percubaan, hanya empat orang memperoleh 9A dengan GPS 3.48, keputusan hari ini menunjukkan peningkatan mendadak.

“Saya sangat bersyukur. Bagi saya, kejayaan ini berkat doa semua guru, ibu bapa dan para pelajar yang turut mengerjakan solat hajat, meningkatkan motivasi diri terutamanya selepas peperiksaan percubaan dan melakukan perubahan sikap. Bahkan sejak bulan Jun, kegiatan kokurikulum sekolah dihentikan bagi membolehkan pelajar-pelajar fokus kepada akademik,” ujar Muallimah Marhamah lagi.

Beliau juga bersyukur kerana keputusan PMR yang cemerlang ini mengiringi persaraan Pengetua yang telah menabur khidmat bakti mendidik generasi soleh wa musleh dengan jayanya. Muallimah Rohida digantikan oleh Tn Hj Mohamed Hasni Mohd sebagai Pengetua di sekolah ini.

Mungkin amanat Muallimah Rohida ini perlu dihayati semua:

“Kita harus melihat perubahan secara positif. Dalam melakukan perubahan, perlu ada yang sanggup berkorban. Sebagai pengetua, saya menyahut cabaran ini. Persaraan saya bukan kerana kecewa atau sebab-sebab negatif yang lain tetapi supaya sekolah mendapat nafas dan semangat baru. Saya boleh kekal di sini, tetapi untuk terus memacu ke hadapan, saya rasa sekolah perlu dikendalikan oleh peneraju yang baharu, tidak boleh menggunakan ‘resipi’ yang sama…”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia