Sebahagian daripada remaja yang hadir adalah pelajar-pelajar daripada sekolah-sekolah di bawah IKRAM. Sebahagian yang lain adalah daripada sekolah-sekolah kerajaan dan swasta. Kebanyakan yang hadir adalah yang pernah mengikuti program anjuran IKRAMTeens.
IKRAMTeens ditubuhkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) pada 12 Disember 2010. IKRAM telah menjadikan agenda membimbing remaja sebagai satu aktiviti penting sepertimana Fasal 9.2.9 Perlembagaan IKRAM yang berbunyi ”Mewujudkan platform bagi membimbing para remaja dan belia dengan perkara yang berfaedah”.
Misi IKRAMTeens ialah untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh dan memiliki ciri-ciri unggul melalui bimbingan yang komprehensif, kontemporari, seimbang serta berterusan agar mampu untuk menjadi remaja yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.
Umum mengetahui remaja pada hari ini menghadapi cabaran yang besar. Mereka berhadapan dengan dunia tanpa sempadan dan begitu mudah dipengaruhi jika tiada benteng dalaman. Oleh itu, mereka perlu dibimbing dan didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang sihat yang dapat membina jati diri dan peribadi mereka.
IKRAM percaya aktiviti-aktiviti yang ditawarkan oleh IKRAMTeens akan membantu para remaja untuk membina diri mereka menjadi remaja yang berakhlak mulia, memiliki sifat-sifat kepimpinan yang terpuji, mempunyai pegangan hidup yang kukuh di samping aktif, progresif dan berwawasan.
Pengenalan kepada IKRAMTeens
IKRAMTeens merupakan sebuah wahana untuk menggerakkan aktiviti remaja yang bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan telah ditubuhkan pada 12 Disember 2010.
Misi IKRAMTeens ialah untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh, memiliki ciri-ciri unggul dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, kontemporari, seimbang serta berterusan, mampu untuk menjadi remaja yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.
Objektif IKRAMTeens
- Melahirkan barisan remaja yang memiliki ciri-ciri Islamik, unggul dan kontemporari serta bersedia untuk menghadapi cabaran semasa.
- Menyediakan remaja yang berkepimpinan dan berwawasan tinggi untuk menerajui barisan kepimpinan ummah, masyarakat dan negara.
- Mewujudkan remaja yang mampu menyantuni, berinteraksi, memberi manfaat dan menyumbang kepada masyarakat serta institusinya.
Moto IKRAMTeens adalah ”Menyerlah Jauh daripada Biasa”. IKRAMTeens berhasrat melahirkan remaja yang memiliki akhlak, ilmu, amal, kepemimpinan dan kebolehan selaras dengan moto tersebut.
Syarat Keahlian Institusi
- Terbuka kepada semua remaja Islam berumur antara 12 hingga 19 tahun.
- Masih bersekolah (merujuk kepada umur 18 dan 19).
- Mengisi borang keahlian (termasuk secara online)
- Membayar wang pemprosesan.
- Mendapat kebenaran daripada ibu bapa.
- Keahlian mengikut negeri.
Aktiviti merangkumi aspek mental, jasad dan rohani (MENTaRi)
- Pembangunan sahsiah
- Pembangunan ilmu dan minda
- Pembangunan amal
- Kecemerlangan akademik
- Pembangunan kemahiran diri
- Pemimpin dan kepemimpinan
- Bijak IT dan celik media
- Perkhemahan dan aktiviti lasak
- Sukan dan rekreasi
- Hiburan, seni dan kebudayaan
- Survival hidup/kendiri
- Penulisan dan penerbitan
- Prihatin masyarakat
- Program kesedaran ummah antarabangsa
- Interaksi antara kaum dan agama
- Amar makruf nahi munkar
- Masjid mesra remaja
Faedah keahlian
- Mendapat bimbingan yang berterusan untuk peningkatan kualiti diri dan akademik.
- Berpeluang menonjolkan bakat, kepimpinan dan mengembangkan idea serta potensi melalui aktiviti yang dijalankan.
- Berpeluang untuk mengenali dan saling berinteraksi bersama ahli.
- Meneruskan aktiviti dalam Belia IKRAM dan Mahasiswa IKRAM.
Harapan
Adalah diharapkan dengan penubuhan IKRAMTeens, IKRAM mampu memberi sumbangan besar dalam masyarakat dan negara untuk membimbing dan membina remaja yang cemerlang dan gemilang.
IKRAM juga mengalu-alukan semua pihak yang berkepentingan dengan pembinaan remaja untuk sama-sama berganding bahu dan saling bekerjasama menjaga modal insan yang cukup berharga.
IKRAMTeens mengalu-alukan dan menjemput para remaja untuk bersama-sama menyertai IKRAMTeens dan bersedia untuk dibimbing dalam progam IKRAMTeens. Penyertaan dengan sokongan ibu bapa amatlah dialu-alukan kerana ibu bapa seharusnya bersama-sama membina anak anak remaja.
IKRAM juga berharap dengan wujudnya platform IKRAMTeens dan terlaksananya progam membina remaja maka akan memberi sumbangan besar pada negara dalam memerangi apa jua bentuk gejala sosial yang sedang melanda negara.