Kenyataan Akhbar – Agihan Qurban Kasih Ummah 1432H

1. Setelah lebih sebulan projek Qurban Kasih Ummah dilancarkan, sambutan dari masyarakat amat menggalakkan. Penyertaan tahun ini telah pun melebihi tahun lepas (1095 peserta) walaupun harga telah meningkat.

2. Pengagihan fasa pertama telahpun dilakukan pada minggu lepas dan fasa kedua sedang diuruskan hari ini. Sebanyak 147 ekor lembu dan 85 ekor kambing telah diagihkan dalam fasa 1. Fasa kedua sebanyak 116 ekor lembu dan 98 ekor kambing akan diagihkan ke 17 buah negara melalui NGO pelaksana di negara berkenaan. Amat memberansangkan juga ialah penyertaan khusus untuk Palestin di mana 25 ekor lembu telah dan akan dihantar.

3. Beberapa orang wakil daripada Sekretariat Qurban Kasih Ummah akan bersama umat Islam di Selatan Thai, Kemboja dan Vietnam untuk menyaksikan sendiri ibadah qurban ini dilaksanakan di negara tersebut. Di samping itu, wakil-wakil ini akan mengadakan perbincangan dengan NGO pelaksana berkaitan ruang dan peluang kerjasama serta bentuk-bentuk bantuan yang boleh disalurkan di masa hadapan untuk memperbaiki keadaan umat Islam di sana.

4. Pihak sekretariat berbesar hati dengan kehadiran akhbar yang akan bersama-sama dalam penyaksian qurban di Selatan Thailand iaitu bersama wakil wartawan TV AlHijrah dan Sinar Harian.

5. Hari ini 6 Zulhijjah 1432H. Tinggal beberapa hari lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut Eiduladha. Berjuta umat Islam berkunjung ke Padang Arafah, mengerjakan wuquf sementara yang tidak bersama di sana masih berpeluang untuk mencari keredhaan Allah dalam berbagai cara terutama dengan perlaksanaan qurban kita.

6. Kita di Malaysia ini amat bertuah dengan begitu banyak sekali ibadah qurban dilaksanakan di seluruh pelusuk tanah air saban tahun. Tidak ada masjid atau surau yang tidak menganjurkan ibadah qurban. Lain pula di negara yang umat Islamnya adalah  minoriti. Mereka kadang-kadang serba kekurangan, ditindas, dianiaya, dalam peperangan dan berbagai lagi kesulitan. Tidak mempunyai peluang sebagaimana kita. Usaha IKRAM,JIM dan KIMB menganjurkan Qurban Kasih Ummah saban tahun adalah bertujuan membantu mereka yang amat memerlukan ini.

7. Bagi pihak Sekretariat Qurban Kasih Ummah, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh peserta yang telah menyertai qurban bersama-sama kami. InsyaAllah kami akan laksanakan sebaik mungkin ibadah qurban saudara yang telah diwakilkan kepada kami. Semoga Allah SWT menerima ibadah qurban kita sebagai satu amal soleh insyaAllah.

” Maka solatlah kepada Tuhanmu dan berqurbanlah.” Surah Al Kauthar:2-3

Pelaburan akhirat usah ditangguh. Sertailah Qurban Kasih Ummah.

Oleh

Tuan Yaacob Tuan Sof

Pengarah Program Qurban Kasih Ummah 1432H

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia