IKRAM membangunkan jiwa insan melalui pembaikan diri dan peningkatan rohani untuk mengislah masyarakat, melaksanakan amar makruf serta mencegah kemungkaran. IKRAM mendokong pembangunan Negara Rahmah dengan cara yang adil untuk kedamaian dan kemakmuran insan serta kelestarian alam sekitarnya. Bersama-samalah kita menyokong masyarakat dalam perjalanan mulia ini!
IKRAM membantu rakyat Malaysia yang mencari ilmu Islam yang sebenar dan ingin menjadi sebahagian daripada komuniti yang dipercayai. Kami menyediakan kefahaman dan persekitaran yang baik supaya mereka dapat keluar daripada keraguan dan salah faham dalam kehidupan. Ini membolehkan mereka menjalani dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar dan berusaha untuk mempertahankan dan menegakkan kebenaran, agar terbina sebuah Negara Rahmah yang diimpikan.
Pada 22 Oktober 2009, sebuah asas telah diletakkan dengan penuh keimanan, keyakinan dan keikhlasan serta tekad untuk membentuk masyarakat yang sejahtera dan rahmah.
Dari sinilah ia berkembang menjadi satu gerakan yang kita kenali pada hari ini sebagai Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang berusaha menjadi sumber inspirasi, panduan dan daya penyatuan yang menyinari rakyat Malaysia.
Malaysia Negara Rahmah ialah sebuah negara yang memanifestasikan sifat penyayang Allah SWT kepada makhluk-Nya dan ditadbir selaras dengan syariat-Nya.
Di bawah naungannya, rakyat hidup bahagia, saling mengasihi, menghormati dan bekerjasama untuk membangunkan negara yang aman, maju, makmur, sejahtera dan diberkati dalam kepelbagaian agama, bangsa, latar belakang dan budaya.
Inilah Negara Rahmah yang menjadi visi IKRAM, selari dengan konsep Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur (Negara yang baik dan Tuhan Maha Pengampun).
DAKWAH
Menyebar kefahaman Islam yang sebenar kepada seluruh masyarakat Malaysia.
TARBIAH
Membina peribadi Muslim qudwah yang soleh lagi musleh serta mampu memimpin perubahan.
KHIDMAT
Mengambil berat dan membela kebajikan golongan yang memerlukan.
ISLAH
Menggerak, mempromosi dan menyokong inisiatif perubahan yang berkesan dan bermanfaat.
Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama
Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) bagi sesi 2023-2024.
Himpunan Gerakan Islam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan agensi di bawahnya akan bekerjasama dengan Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) sebagai Rakan Strategik dalam usaha untuk pembangunan kefahaman Islam serta pemantapan pendakwah yang membawa mesej keadilan, kecemerlangan, keseimbangan dalam Islam.
The All-Party Parliamentary Group Malaysia
Hj Badlishah, Presiden IKRAM telah dilantik untuk menjadi anggota kepada The All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM) berkaitan Integriti, Tadbir Urus, dan Anti-Rasuah. Penubuhan APPGM bertujuan untuk menjamin perubahan sistemik dan perundangan yang meningkatkan integriti, tadbir urus dan usaha anti-rasuah di Malaysia.
Prof Dr Omar Yaakob (Ketua Pendidikan IKRAM), telah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (Sesi 2023 – 2025).
IKRAM dipilih untuk menerima Anugerah Khas KASIH MADANI 2023 kategori Badan Bukan Kerajaan – Inisiatif Mesra Keluarga dalam Majlis Pelancaran Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK 2023) di Dataran Putrajaya, disampaikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
APA KATA MEREKA MENGENAI IKRAM?
Faris Nazrin yang perkenalkan dengan IKRAM.
Ikhwah sempoi.
Jaulah yang memperkenalkan di antara ahli keluarga walaupun saya bukan ahli IKRAM.
Program santai & best!
Muin Sani
Di sinilah kami belajar mengenal Islam sebagai cara hidup bukan sekadar agama yang diwarisi.
Alhamdulillah masih istiqamah bersama IKRAM.
Fauziah Zainuddin
Dari darjah satu bersekolah di sekolah rangkaian IKRAM sampai tingkatan lima, lepas itu masuk universiti dan sempat sertai usrah IKRAM. Kemudian bila kembali mengajar di sekolah rangkaian IKRAM dan bila bertukar mengajar tempat lain pun masih bersama dengan usrah IKRAM.
Aqilah Musari
IKRAM & Ukhuwah Teras Kegemilangan melangkaui sempadan. Teringat Misi Bantuan Aqsa Syarif 2012 ke Gaza demi berjuang untuk rakyat Palestin dengan sumbangan dari rakyat Malaysia yang disampaikan terus kepada penduduk Gaza. Sekarang lebih luas ke negara lain dengan MyCARE.
Moga IKRAM terus maju membela ummah dan rahmah sekalian alam.
Ummuubadah Hayat
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Naib Presiden
Setiausaha Agung
Bendahari
Ketua Wanita IKRAM
Ketua IKRAM Muda
Penolong Setiausaha Agung
Tarbiah dan Modal Insan
Hal Ehwal Ahli Luar Negara
Hal Ehwal Ahli Luar Negara
Kebajikan Ahli
Agenda Nasional (Perpaduan Nasional)
Pembangunan Institusi
Agenda Nasional (Masyarakat Progresif)
Agenda Nasional (Kemakmuran Ekonomi)
Pendidikan Masyarakat
Komunikasi Strategik
Hal Ehwal Mahasiswa
Pemerkasaan Ekonomi, Tarbiah dan Modal Insan
Penglibatan Strategik
© 2009 – 2024 Pertubuhan IKRAM Malaysia
Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia