Kempen Winter Relief 2015 sasar sumbangan RM1.5 juta

Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata kempen yang masuk tahun ketiga penganjurannya ini menawarkan dua pakej bantuan dengan menyasarkan 15,000 orang yang dapat dibantu. 

“Setiap kali tiba musim sejuk, rakyat Palestin,Syria dan Iraq terutama yang berlindung di kem-kem pelarian terdedah kepada risiko kematian berikutan keadaan kehidupan mereka yang daif serba kekurangan dan tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk menghadapi musim sejuk.

“MyCARE melalui agensi-agensinya, Aqsa Syarif, i4Syria (i4S), Rose2Rose (R2R) dan Salam Iraq telah mula menjalankan kempen ini bermula pada 15 Oktober lalu dan akan berakhir pada 31 Disember 2015,” jelas beliau dalam sidang media pelancaran kempen tersebut di KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) di sini pada Sabtu lalu.

Tambah beliau, tema tahun ini yang diketengahkan ialah ‘story in the cold, worth to be told’ dengan dua pakej bantuan iaitu pakej A bernilai RM100 yang mengandungi bantuan berupa selimut, baju sejuk, sarung tangan dan kaki sementara bagi pakej B pula bernilai RM 500 mengandungi bantuan berupa selimut, baju sejuk, sarung tangan dan kaki, tilam, alat pemanas serta pek makanan untuk satu keluarga.

Sementara itu, Pengurus Kanan MyCARE, Muhamad Munawer Ismail berkata, pengagihan bantuan akan dilakukan secepat mungkin dengan tiga kali penghantaran bantuan yang akan dimulai pada bulan Disember ini, kemudian pada awal Januari dan yang terakhir pada hujung Januari.

“Alhamdulillah setakat hari ini RM 400,000 telah berjaya dikumpul dan kami optimis sasaran akan terus meningkat dari bulan ke bulan,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, pengagihan kawasan bantuan adalah 50 peratus kepada rakyat Palestin, 25 peratus untuk rakyat Syria dan 25 peratus kepada rakyat Iraq dengan bantuan NGO antarabangsa yang akan melihat kawasan mana yang perlu diberi keutamaan penghantaran bantuan.

“Bantuan ini juga akan diuruskan dengan kerjasama rakan NGO tempatan dan antarabangsa iaitu Human Relief & Development (HCRD), Ataa Relief & Development (Turki) Syrian Women Association (SWA, Jordan) dan an-Nahrain Foundation for Relief & Development  serta MyCARE akan dipimpin oleh Puan Mas Ahmah Jonid yang akan bergabung dengan pelajar Malaysia di Jordan (i4S Jordan),” jelasnya.

Rakyat Malaysia yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Humanitarian Care Malaysia Behad iaitu Maybank (5515-7500-4299), CIMB Islamic (8602-135-592) dan Bank Islam (1209-20100-34904) atau hubungi MyCARE di talian 03-89412341.

E-melkan slip bayaran atau bukti sumbangan ke account@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 019-655 1948. Untuk maklumat lanjut, hubungi ibu pejabat MyCARE di talian 03-8941 2341 (Puan Raihanah).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia