Kempen U: Daftar segera jadi pengundi

Kempen tersebut menyasarkan 4.4 juta rakyat Malaysia yang masih belum berdaftar sebagai pengundi dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan untuk mengundi.

“Pergi ke pejabat pos untuk mendaftar secara online, ia hanya mengambil masa 10 minit sahaja,” gesa Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dalam sidang media kempen tersebut.

Tambahnya, kempen ini boleh membantu mendaftarkan seberapa ramai orang yang layak sebagai pengundi.

“Ini penting bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

Katanya, BERSIH 2.0 juga akan menyediakan beberapa kaunter kempen pendaftaran di beberapa kawasan tertentu yang dikenal pasti terdapat ramai yang belum mendaftar sebagai pengundi.

  

Menurut Timbalan Pengerusi BERSIH 2.0, Hj Shahrul Aman Mohd Saari, bulan Mac telah dipilih untuk kempen ini kerana ia merupakan hujung suku tahun di mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mula memproses pendaftaran pengundi.

Setiap pendaftaran baru akan mengambil masa kira-kira enam bulan untuk memproses dan pewartaan.

“Oleh itu, 31 Mac merupakan hari yang terakhir untuk rakyat Malaysia untuk mendaftar sekiranya pilihan raya umum diadakan pada bulan September 2017,” jelas beliau.

Dilambangi oleh huruf ‘U’ yang mewakili ‘Undi’ dan juga ‘anda’ (you), kempen daftar pengundi BERSIH 2.0 bertujuan mengembalikan kuasa ke dalam tangan rakyat Malaysia dan menguatkan falsafah BERSIH sebagai satu pergerakan rakyat.

Katanya, petak kosong dalam poster Kempen U bertujuan mempelawa orang ramai untuk berkongsi dengan BERSIH 2.0 matlamat undian mereka dan menekankan kepentingan untuk mendaftar.

Kredit foto: Malaysiakini

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia