Kemenangan Trump Serta Impak Kepada Negara Islam

Kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat ke-45 mendapat reaksi yang pelbagai. Walaupun undi awal di media secara awalnya menunjukkan kemenangan Hillary Clinton, namun Trump telah mengubah persepsi masyarakat dunia akan bagaimana suasana politik mampu berubah keputusannya. Apa kesannya kemenangan pada dunia Islam masih menjadi sebuah tanda tanya.

Mengapa keadaan politik di Amerika Syarikat sangat relevan dengan Malaysia?

Keadaan demografi rakyat di Amerika Syarikat mempunyai persamaan sedikit sebanyak dengan Malaysia, berbilang kaum dan agama. Begitu juga masyarakat bandar mereka terdiri daripada golongan muda dan intelektual berbanding dengan masyarakat kampung yang terdiri daripada rakyat natif Amerika sendiri.

Pilihanraya di Amerika menunjukkan keinginan rakyat natif Amerika (white American people) yang mahukan perubahan agresif yang menjaga kepentingan mereka sebagai rakyat Amerika. Kita juga harus menghargai fakta bahawa yang menentukan kemenangan politik sesebuah negara bergantung besar kepada penduduk luar bandar. Malah, dalam sebuah negara demokrasi, rakyat lebih berkuasa menentukan corak pemerintahan negara mereka.

Kita juga melihat, parti Demokrat di bawah pimpinan Obama telah berbuat pelbagai inisiatif membantu negara Amerika keluar daripada masalah ekonomi dunia sepanjang tahun pemerintahan beliau, malah mewujudkan jutaan pekerjaan untuk rakyat Amerika.

Namun, keputusan pilihan raya Amerika Syarikat memberi tanda bahawa rakyat mahukan perubahan pada sistem yang dilihat tidak memberi kesan kepada diri mereka itu sendiri, contohnya sistem insurans kesihatan, cukai dan sebagainya.

Apakah kesan pemilihan Trump ini kepada dunia Islam secara umumnya?

Dalam siri ceramah kempen pilihan raya beliau, Trump dilihat sebagai pro-perkauman, anti-imigran dan anti-Islamis.

Antara impak penting yang harus kita ketahui jika Trump melaksanakan polisi yang beliau kempenkan adalah:

1. Kewujudan kad ID khas untuk setiap Muslim di Amerika.

2. Mengehadkan jumlah Muslim untuk datang ke Amerika.

3. Mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan Israel.

4. Bersikap autokratik dalam isu Timur tengah, terutama bersetuju dalam perihal kedudukan Rusia di Syria dan Iraq. Menggunakan strategi itu, beliau mahu untuk menghancurkan ISIS secepat mungkin.

5. Kebebasan untuk Muslim bersuara akan lebih tersekat melalui politik.

Perlu diketahui juga bahawa polisi beliau dengan Clinton tidak jauh bezanya. Ini menunjukkan bahawa siapa pun Presiden Amerika yang dipilih, tidak ada yang benar-benar berpihak kepada Islam, cuma intensiti impak mungkin sahaja berbeza.

Trump dikenali sebagai seorang yang sangat vokal dan berbeza dengan dasar serta polisinya. Dalam terus terangnya beliau pada isu cukai, perkauman serta polisi Timur Tengah, masyarakat dunia rasa begitu berdebar sekali akan kedudukan sosioekonomi Amerika Syarikat yang sudah pasti memberi kesan kepada dunia.

Ada yang menganalisa bahawa sudah tibanya masa kejatuhan bangsa Amerika dan bergantilah dengan kepimpinan dunia di China, ini juga satu kemungkinan.

Bagaimana pula dengan orang Islam? Adakah terpilihnya Trump, maka akan makin hancurlah negara-negara Islam?

Kita harus sedar, kehancuran dan perpecahan umat Islam telah berlaku lama sebelum pemerintahan Trump. Sama ada akan makin teruk atau tidak, itu bukan persoalannya tetapi bagaimana umat Islam dapat bersatu untuk menaikkan semula semangat kesatuan ummah agar biarlah pemimpin umat Islam pula yang memerintah dunia.

Apa yang mampu kita lakukan sebagai rakyat Malaysia adalah:

1. Mendoakan saudara Muslim kita di Amerika agar mendapat hak yang saksama di sana.

2. Berusaha menyatukan umat Islam melangkau nasionalisme dan kaum untuk memajukan umat Islam.

3. Menilai dan mengkaji polisi-polisi baru di Amerika Syarkat, ada yang akan memberi kesan yang besar kepada kita di Malaysia.

4. Mengenali keperluan masyarakat luar bandar, kerana suara dan undi mereka sama penting dengan undi masyarakat bandar.

5. Menuruskan advokasi yang berterusan, agar polisi yang berpihak kepada umat Islam akan sentiasa diberi perhatian.

Kesimpulannya, pemilihan Trump sebagai presiden Amerika tentu memberikan lanskap baru untuk diperhatikan bagi ramai penonton di dunia. Moga impaknya memberi kesan yang positif bagi dunia Islam.

Dr Nur Aisyah Zainordin
Ahli Majlis Pemuda IKRAM
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia