IKRAM percaya keputusan ini membolehkan “Sistem Dwiparti” terus dilaksanakan. Sistem semak dan imbang ini telah membawa kesan yang baik kepada kematangan politik negara bagi memastikan ketelusan, tadbir-urus yang baik, keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Ia juga mencerminkan hasrat PAS untuk terus berusaha memastikan perjuangan memartabatkan dan mengukuhkan suara Islam melalui Pakatan Rakyat, di samping menjaga kesatuan saf mereka.
IKRAM tetap menyokong semua usaha mendaulatkan syariat sesuai dengan tuntutan akidah, dakwah dan ukhuwah.
IKRAM juga berharap kemelut transisi kepemimpinan negeri Selangor dapat diuruskan dengan lancar, sejajar dengan prinsip demokrasi berparlimen dalam sebuah negara raja berperlembagaan.
Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden