“Tahniah kepada peserta kerana berpeluang mengikuti program kali ini,” ujar Ir Jamaluddin pada awal ucapannya.
Beliau mengetengahkan kisah-kisah sejarah yang menarik agar peserta menyedari betapa pentingnya akhlak, pekerti mulia dan ketakwaan seorang remaja.
“Akhlak, pekerti mulia dan ketakwaan pada diri seorang remaja sangatlah penting dan kita hendaklah mengambil iktabar daripadanya.”
Antara kisah yang diketengahkan ialah kisah penggembala kambing dan Khalifah Umar, kisah seorang ibu dan anak yang menjual susu yang bicaranya didengari Khalifah Umar dan kisah pemuda yang bernama (Nabi) Musa dengan dua orang gadis ketika ingin mencedok air di telaga.
“Diharapkan remaja yang terpilih kali ini mempergunakan peluang yang ada ini sebaik mungkin untuk kemantapan diri ke arah yang lebih baik.”
Selain itu beliau mengharapkan agar program Xcell kali ini sedikit sebanyak akan menyelesaikan masalah kemahiran tertentu bagi remaja dan dapat mengisi waktu cuti sekolah dalam persiapan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.
“Peserta dijangkakan sekitar 50 orang namun, masih ada wakil negeri yang belum tiba,” ujar pengarah Program Xcell 2011, Puan Latifah Bee (kiri).
Majlis penutup pada hari terakhir nanti dijangka akan disempurnakan oleh Pengarah IkramTeens Pusat, Saudara Hafiz Bai.
Program yang berlangsung dari 3 hingga 5 Jun di Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang ini adalah anjuran IkramTeens Pulau Pinang.